ISKANDAR PUTERI RENDAH KARBON (IPRK)

DOKUMEN SOKONGAN

Peranan MBIP terhadap aspek alam sekitar dijelmakan melalui penyediaan Pelan Tindakan Iklim Iskandar Puteri 2030 – Platform Inisiatif Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) telah diperkenalkan. Ianya penting kerana MBIP berperanan dalam mempromosikan dan melaksanakan inisiatif-isinitif yang bertujuan untuk mengurangkan jejak karbon dan memelihara alam sekitar di wilayah Iskandar Puteri. Berikut adalah beberapa program dan projek oleh MBIP dalam usaha untuk mencapai objektif memelihara alam sekitar dan mendepani Perubahan Iklim:

1. Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon:

Centered Image

Julungkalinya, pada tahun 2021 MBIP telah mengambil langkah proaktif dengan menawarkan Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 1.0 (GK IPRK 1.0), iaitu geran penyelidikan yang pertama dan seumpanyanya di Negeri Johor bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh komuniti (terutama alam sekitar dan perubahan iklim). Suntikan fiskal adalah merupakan fokus penawaran GK IPRK sabagai salah satu inisiatif pemeliharaan alam sekitar dan mendepani perubahan iklim. Melalui pelaksanaan GK IPRK 1.0 pada tahun 2021, ianya jelas menunjukkan kejayaan 14 penerima projek yang telah melaksanakan inisiatif dan inovasi tindakan rendah karbon yang mampan sekaligus berjaya menghakupayakan komuniti di Iskandar Puteri. Geran ini kemudian diteruskan pada tahun 2022 iaitu Geran Komuniti Iskandar Puteri 2.0 dengan penawaran kepada 31 penerima projek. Pada tahun ketiga penganjuran, Geran diagihkan kepada 26 penerima projek dengan peningkatan nilai projek bergantung kepada keperluan bidang keutamaan. Sehubungan dengan itu, projek pembudayaan rendah karbon yang dijalankan menerusi Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon perlu diteruskan kepada fasa 4.0 bagi membolehkan nilai tambah dalam kemajuan, kesejahteraan, pemeliharaan kualiti alam sekitar bagi kawasan pentadbiran Iskandar Puteri. Melalui Geran IPRK 1.0, 2.0 & 3.0 terdapat beberapa projek yang telah memberikan kesan dan impak yang positif terhadap pemuliharaan alam sekitar seperti:

a. Happy Organic (IPAC) @ Edible Park
b. Urus Sisa Mampan & Kitar Semula GRID (Recycling Drop Off) @ Sunway Grid
c. Projek Oil To Wang -Kiosk Pengumpulan Minyak Masak Terpakai
d. PETA Taman @ Iskandar Puteri

2. Pertandingan Kalendar Mampan Iskandar Puteri
Centered Image

Pertandingan Kalendar Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) bermula pada tahun 2020 bertujuan untuk mengalakkan perubahan tingkah laku kearah masyarakat yang membudayakan pemeliharaan alam sekitar dan rendah karbon. Program ini adalah untuk mendapatkan maklumat pembebasan karbon melalui aktiviti seharian komuniti, institusi dan industri di dalam kawasan MBIP menerusi pertandingan ini dengan melihat kepada tiga aspek utama iaitu (i) penjimatan air, (ii) penjimatan elektrik dan juga (iii) amalan kitar semula. Ia turut membantu MBIP dalam pencapaian Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Malaysia (MURNInet) bagi tema ST3-Pengurusan alam sekitar. Pencapaian keseluruhan bagi pertandinagn ini adalah sangat baik iaitu 13,593,223.32 kgCO2 dapat dikurangkan melalui penjimatan elektrik dan air serta aktiviti kitar semula oleh penduduk di kawasan MBIP. Bagi Kitar Semula, Sebanyak 7,037kg barang kitar semula, 4,088kg minyak masak kitar semula, 2,370kg barang elektronik terpakai dan 7,891 fabrik terpakai berjaya dikumpul.

3. Kitar Semula Farbrik @ Iskandar Puteri
Centered Image

Kloth Cares dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM) dengan sokongan pihak swasta telah beberapa tahun memulakan “Gerakan Kitar Semula Fabrik” bagi menyeru masyarakat supaya membuang tekstil yang tidak diingini ke dalam tong kitar semula tekstil. Walau bagaimanapun, gerakan ini lebih aktif di kawasan Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur. Oleh itu, selaras dengan inisiatif pemeliharaan alam sekitar, gaya hidup bebas sisa dan kesinambungan dari inisiatif 3R dan amalan kompos, MBIP bermula tahun 2021 telah bergerak untuk menjadi perintis Gerakan Kitar Semula Fabrik bagi Negeri Johor. Program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam mewujudkan masyarakat rendah karbon di kawasan MBIP menerusi amalan gaya hidup bebas sisa bagi mengurangkan bebanan di tapak pelupusan sampah.

4. Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon
Centered Image

Pemantauan dan Penilaian: MBIP perlu memastikan bahawa terdapat sistem pemantauan yang berkesan untuk menilai kesan inisiatif-inisiatif kelestarian alam


Rakan Strategik:
Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Universiti Teknologi Malaysia, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar & SWM Environment.

Rakan Sokongan:
Sunway City Iskandar Puteri, Iskandar Investment Berhad, Think City, EcoKnights, Kloth Cares, Love Line Clothing Malaysia Sdn Bhd, Apeiron Bioenergy, University of Reading, Sunway Bigbox, Sutera Mall, Tanah Sutera Sdn Bhd, Mydin Mutiara Rini, Multimedia University dan lain-lain.



Disokong oleh:

1. United Nation Development Program (UNDP) melalui penajaan di bawah Project Green Technology Application for The Development of Low Carbon Cities (GTALCC).

2. Regional Centre of Expertise on Education for Sustainable Development (RCE) & United Nations University melalui penganjuran Program-Program Kesedaran & Pendidikan Rendah Karbon.

3. European Union (UN) melalui rangkaian Global Covenant of Mayors for Climate & Energy (GCoM).

4. British Commission melalui penajaan Geran UK PACT bersama-sama Plan Malaysia, MBIP & IRDA membangunkan Pilot Projek: Modeling System bagi menterjemahkan Low Carbon di dalam Pelan Guna Tanah MBIP.

5. Kerajaan Jepun melalui penajaan Pembangunan Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon 2025 & Pemangunan Kapasiti melalui agensi Japan International Cooperation Agency (JICA) & Japan Science and Technology Agency (JST).



Melalui platform yang dikenali sebagai Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK), program dan projek berkaitan perubahan iklim dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Ini membolehkan kerjasama dengan pelbagai pihak melaui kaedah kerjasama Quadruple Helix yang terdiri daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), dan SWM Environment Sdn Bhd, yang memberi daya kepada usaha-usaha berkaitan perubahan iklim.