Peranan Calon untuk Anugerah Langkawi Kelestarian Alam Sekitar bagi Program Kelestarian Pendidikan LA21, Anugerah Tandas dan Premis Makanan Terbersih: Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berperanan penting dalam melaksanakan inisitiaf-inisiatif yang bertujuan untuk memelihara dan memulihara persekitaran di kawasan pentadbiran MBIP. Berikut adalah beberapa peranan yang penting bagi MBIP dalam usaha untuk mencapai objektif melestarikan alam sekitar:
Rakan Sokongan:
WCorp, SWM Environment Sdn. Bhd., Jabatan Pendidikan Daerah (JPN), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID)
Disokong oleh:
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di bawah kelestarian pendidikan LA21 (kategori sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan serta pertandingan tandas awam terbersih dan pertandingan premis makanan terbersih kategori kantin sekolah, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)
Sumbangan MBIP adalah penting dalam memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan warga sekolah dan komuniti. Berikut adalah ringkasan sumbangan MBIP:
Meningkatkan tahap kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran di kawasan sekolah di bawah pentadbiran MBIP.
MBIP telah aktif melaksanakan program ini bermula pada tahun 2017 hingga kini. Sebanyak 37 buah sekolah memenangi petandingan diberikan hadiah berupa wang tunai bagi mencantikkan dan mengindahkan Kawasan persekitaran sekolah. Penyampaian anugerah diberikan sewaktu sambutan Karnival Hari Bandaraya MBIP pada setiap tahun.
Meningkatkan kesedaran kepentingan membersihkan tandas dan premis makanan di kawasan pentadbiran MBIP.
MBIP telah melaksanakan Anugerah Tandas dan Premis Makanan Terbersih bermula pada tahun 2018 hingga kini yang terdapat 5 kategori tandas bersih iaitu:
Kategori pusat pelancongan/hotel
Kategori restoran
Kategori sekolah
Kategori pasar raya
Kategori stesen minyak
Sebanyak 3 pemenang setiap kategori diberikan hadiah berupa wang tunai bagi mengindahkan dan menceriakan tandas awam tersebut.
Terdapat 4 kategori premis makanan terbersih iaitu:
1. Kategori restoran
2. Kategori medan selera
3. Kategori pusat pelancongan/hotel
4. Kategori kantin sekolah
Sebanyak 3 pemenang setiap kategori turut diberikan hadiha berupa wang tunai bagi meningkatkan keindahan dan keceriaan premis makanan tersebut.