KITAR SEMULA PANDU LALU

DOKUMEN SOKONGAN

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berperanan penting dalam memberikan kesedaran dan pendidikan mengenai kepentingan kitar semula dan cara pelupusan barangan kitar semula, e-waste, fabrik dan minyak masak terpakai kepada komuniti.



Berikut adalah beberapa peranan penting bagi MBIP dalam usaha untuk mencapai objektif Amalan Kitar Semula dalam kehidupan komuniti:

1. Pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif dan efisien ke arah komuniti kitaran.
MBIP perlu memainkan peranan utama dalam menggalakkan penglibatan komuniti dalam inisiatif Komuniti Sifar Sisa.

2. Menyediakan fasiliti/kemudahan kepada komuniti untk melupuskan barangan kitar semula.
MBIP perlu memainkan peranan dalam menggalakkan komuniti untuk menghantar barangan kitar semula dengan menyediakan fasiliti/platform di kawasan komuniti setempat di bawah kawasan pentadbiran MBIP.



Rakan Strategik:
CBH Recycle (M) Sdn. Bhd.



Disokong oleh:
Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JAS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)



Sumbangan MBIP adalah penting dalam meningkatkan amalan kitar semula kepada komuniti dalam Kawasan pentadbiran MBIP. Berikut adalah ringkasan sumbangan MBIP:

1. Pengurusan sisa pepejal, e-waste, fabrik dan minyak masak terpakai yang lebih efektif dan efisien ke arah komuniti kitaran.
MBIP telah memainkan peranan utama dalam menguruskan sisa pepejal, e-waste, fabrik dan minyak masak terpakai yang lebih efektif dan efisien dengan memberikan kesedaran dan pendidikan kesihatan mengenai amalan kitar semula dan cara pelupusan sampah dengan cara yang betul dan selamat. Program ini juga menjalankan inisiatif yang bertujuan untuk menggalakkan amalan kitar semula MBIP dengan mengaakan Pertandingan Kitar Semula antara jabatan/unit MBIP.

2. Menyediakan fasiliti/kemudahan kepada komuniti untuk melupuskan barangan kitar semula, e-waste, fabrik dan minyak masak terpakai.
MBIP telah aktif melaksanakan program kitar semula pandu lalu bermula pada bulan Julai tahun 2023 hingga kini yang dijalankan pada setiap bulan bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan komuniti Iskandar Puteri menghantar barangan kitar semula, e-waste, fabrik dan minyak masak terpakai dengan mempromosikan program Ini melalui hebahan di laman media sosial dan Whatsapp. Sebanyak 32,000kg barangan kitar semula, e-waste, fabrik dan minyak masak terpakai berjaya dikumpul sepanjang program ini dijalankan.