Majlis Bandaraya Iskandar Puteri memainkan peranan yang  penting dalam penglibatan dan sumbangan kearah Kelestarian Sungai. 
                    
                     
 
                    Berikut adalah beberapa peranan yang penting MBIP dalam usaha kearah kelestarian Sungai:
                    
                    1.Pengurusan sisa dan air buangan
                    Menguruskan sistem saliran dan perparitan untuk memastikan air buangan dan sisa dari kawasan perumahan dan Perindustrian tidak mencemari Sungai. Selain itu, MBIP juga melaksanakan program mengutip sampah di Sungai yang diadakan bersama agensi Kerajaan lain dan komuniti setempat.
                    
                    
                     2.Pemuliharaan dan pemulihan Sungai
                    Melaksanakan projek-projek pemulihan Sungai yang tercemar. Selain itu, melalui Rancangan Khas Sungai Skudai juga terdapat beberapa inisiatif bagi pemuliharaan dan pemulihan Sungai. Sebagai contoh, program menanam pokok yang diadakan di tebing Sungai. Selain itu, turut diadakan juga aktiviti merawat air Sungai dengan kaedah penggunaan Mud ball.
                    
                       3.Kerjasama antara agensi
                    Bekerjasama dengan agensi Kerajaan, NGO dan komuniti setempat untuk menjaga kebersihan dan kelestarian Sungai. Sebagai contoh,MBIP  telah mengadakan MoU bersama Jabatan Pengairan dan Saliran bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama dua hala.
                    
                      3.Pemantauan berkala
                    MBIP melaksanakan pemantauan Sungai secara berkala setiap bulan dan dilaporkan didalam mesyuarat Jawatankuasa Alam sekitar. Selain itu MBIP juga memantau paras kualiti air dengan mengambil sampel dan ditapak dan diuji di makmal secara berkala.
                    
                    Dengan melaksanakan peranan peranan ini MBIP dapat memastikan Sungai Sungai terjaga kelestariannya dan bebas dari pencemaran seterusnya memberi manfaat kepada alam sekitar dan Masyarakat setempat.
                    
                    
                    
 
                        Pelbagai agensi turut sama bekerjasama dan juga meruapakan ahli jawatankuasa alam sekitar  dalam pelaksanaan kearah  kelestarian Sungai. Antaranya ialah
                        
                        1. Jabatan Pengairan dan Saliran
                        2. Jabatan Alam Sekitar
                        3. Jabatan Kerja Raya
                        4. Badan Kawalselia Air Johor
                        5. Pejabat Tanah dan Daerah Johor Bahru
                        6. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
                        7. Indah Water Konsortium
                        8. Jabatan Pendidikan Negeri Johor
                        9. Universiti Teknologi Malaysia
                        10. Universiti Tun Hussein Onn
 
                        Pelbagai agensi turut sama bekerjasama dan juga meruapakan ahli jawatankuasa alam sekitar  dalam pelaksanaan kearah  kelestarian Sungai. Antaranya ialah
                        
                        Jabatan Pengairan dan Saliran
                        Jabatan Alam Sekitar
                        Jabatan Kerja Raya
                        Badan Kawalselia Air Johor
                        Pejabat Tanah dan Daerah Johor Bahru
                        Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
                        Indah Water Konsortium
                        Jabatan Pendidikan Negeri Johor
                        Universiti Teknologi Malaysia
                        Universiti Tun Hussein Onn
 
                        Peringkat sekolah & IPT  
                          Penglibatan pelajar dan tenaga pengajar UTM serta Sekolah yang berada di dalam kawasan pentadbiran MBIP
                          
 
                            Peringkat Komuniti 
                          Program kutip sampah di Sungai yang melibatkan komuniti kawasan serta NGO
                          
 
                            Peringkat Negeri 
                          Penglibatan agensi Kerajaan dalam mesyuarat Jawatankuasa Alam Sekitar yang diadakan setiap bulan bagi pemantauan serta pengurusan Sungai dan alam sekitar
                          
                        1.Pelaksanaan Program mengutip sampah:
                        
                        MBIP menyahut seruan Kerajaan negeri dalam melaksanakan program Johor Bersih@Sungai. Program ini diadakan pada setiap hari ahad setiap minggu. Program ini melibatkan agensi Kerajaan, NGO dan komuniti setempat. Antara objektif program ini adalah:
                        
                       Membersihkan Sungai: tujuan utama program ini adalah untuk membersihkan sampah dari Sungai untuk mencegah pencemaran air serta menjaga ekosistem Sungai.
                       
                       Meningkatkan kesedaran Masyarakat: dengan melaksanakan program ini dapat meningkat kesedaran Masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan Sungai dan impak dari pembuangan sampah kedalam Sungai
                       
                       Menggalakkan kerjasama antara komuniti: melalui pelaksanaan program ini, komuniti setempat dapat mengeratkan hubungan komuniti setempat dan mengeratkan hubungan social didalam komuniti.
                       
                       Menjaga keindahan kawasan Sungai: Sungai yang bersih dapat menambah nilai keceriaan kawasan setempat dan dapat menarik pelancong serta orang awam untuk beriadah di Sungai.
                       
                       
                        2.Pelaksanaan Rancangan Khas Sungai Skudai
                       Pemuliharaan dan pemulihan Sungai amat mustahak dan amat diambil berat. Pelaksanaan Rancangan Khas Sungai ini adalah tindakan yang perlu diambil sebelum keadaan Sungai yang tercemar semakin tercemar. Berikut merupakan beberapa fungsi Rancangan Khas ini dilaksanakan:
                       
                       Mewujudkan Mekanisma pengawalan guna tanah dan perundangan lebih berkesan : Melalui proses perbincangan Kumpulan sasar dengan mengambil kira pandangan jabatan-jabatan teknikal yang terlibat
                       
                       Pengurusan dan kawalan kualiti air : menjamin pemulihan Sungai dalam aspek mutu dan kualiti air serta memastikan aktiviti yang dijalankan bermanfaat kepada komuniti
                       
                       Menjadikan Kawasan Ruang Awam Utama : dapat meningkatkan public realm bagi MBIP dengan imej Pembangunan menarik dan berasaskan alam sekitar dan Sungai
                       
                       Pembangunan Ikonik mampu ubah imej metropolitan : Cadangan yang boleh menjadi ikonik seperti bio-wetland Sungai skudai dan santuari burung mampu dijangka mengubah dan melonjakkan transformasi kawsan perbandaran
                       
                        3.Pembinaan, penjagaan dan penyelenggaraan perangkap sampah Log Boom
                       
                       Inisiatif lain bagi mengurangkan sampah terampai yang berada di Sungai dengan membina perangkap sampah Logboom. Inisiatif ini telah bermula seawal tahun 2019 dan kini terdapat 3 unit perangkap sampah Logboom yang berada di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
                       
                       Perangkap sampah logboom tersebut diselenggara sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri  dengan menjalankan kerja kerja kutipan sampah dan pembersihan kawasan.
                       Aktitiviti kutipan sampah dilaksanakan 3 kali seminggu.
                       
                       Hasil kutipan dan data jumlah kutipan tersebut dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan setiap bulan.
                       
