Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berperanan penting dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif yang bertujuan untuk menjaga kualiti air sungai dalam kawasan pentadbiran MBIP.
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sangat komited dalam dasar memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti. Aktiviti rawatan air sungai dilaksanakan untuk memantau dan mengawal kualiti air sungai dalam jangka masa panjang
Kerja Rawatan Air Sungai Melana dilakukan di 3 lokasi utama iaitu di Jambatan Hang Jebat, Kolam Takungan Air Banjir Damai Jaya Dan Taman Rekreasi Taman Damai Jaya.
Kerja persampelan air ini dijalankan bermula dari Ogos 2023 hingga Julai 2024. Sepanjang program rawatan air ini dilaksanakan J-Biotech dilantik untuk melakukan kerja – kerja rawatan air menggunakan produk yang Mesra Alam iaitu Effective Microorganisms Mudball dan Cecair EM manakala Johor Toyyiban Laboratories melaksanakan aktiviti persampelan air sungai.
Penggunaan produk EM untuk sungai boleh meningkatkan oksigen terlarut di dalam air dan dapat menjernihkan air yang telah keruh,selain itu manfaat penggunaan EM aktif secara berkala akan menjadikan kehadiran Mikrob yang bermanfaat mencukupi dan seterusnya mengawal alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien sentiasa mengawalnya pada paras yang rendah. Selepas rawatan air menggunakan EM Mudball dan Cecair EM aktiviti persampelan air sungai akan dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan produk EM tersebut selain dapat mengetahui Indeks Kualiti Air (IKA) dan juga, penggunaan EM dan Mudball secara berterusan adalah digalakkan bagi mencapai kualiti air yang lebih baik.
Berikut adalah beberapa peranan yang penting bagi MBIP dalam usaha untuk mencapai objektif menjaga kualiti sungai:
1. Merawat dan meningkatkan kualiti air sungai daripada tercemar.
2. MBIP perlu memainkan peranan dalam menjaga kualiti air sungai untuk mencapai matlamat supaya sungai berada di dalam kategori sungai yang berstatus bersih dan selamat digunakan oleh komuniti dan hidupan lain.
Rakan Strategik:
J-Biotech Sdn Bhd dan Johor Toyyiban Laboratories, Perbadanan Islam Johor (PIJ), PIJ Holdings Sdn Bhd, Permodalan Darul Takzim (PDT) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ)
Disokong oleh:
Kerjasama komuniti dalam menghasilkan mudball adalah salah satu inisiatif yang menarik dan bermanfaat masyarakat. Mudball, atau bola lumpur, biasanya digunakan dalam usaha membersihkan dan merawat sungai, tasik, dan kolam yang tercemar. Proses pembuatan dan penggunaan mudball melibatkan berbagai aspek kolaborasi masyarakat, pendidikan, dan tindakan untuk menjaga kebersihan ekosistem air.
Langkah-Langkah Kerjasama Komuniti dalam Menghasilkan Mudball:
1. Pendidikan dan Kesedaran:
-Mengadakan sesi penerangan kepada komuniti mengenai kepentingan kebersihan air dan bagaimana mudball berfungsi membersihkan sungai.
-Melibatkan sekolah, organisasi masyarakat, dan penduduk setempat dalam program pendidikan.
2. Penyediaan Bahan dan Alat:
-Mengumpulkan bahan-bahan seperti tanah liat, sekam padi, molases, dan Effective Microorganisms (EM).
-Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk mengadun dan membentuk mudball.
3. Gotong Royong Pembuatan Mudball:
-Menetapkan tarikh dan lokasi untuk aktiviti gotong royong.
-Menggalakkan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, pekerja, dan keluarga.
-Mengadakan sesi praktikal di mana peserta dapat belajar cara membuat mudball sambil berinteraksi dan bekerjasama.
4. Fermentasi Mudball:
-Menyimpan mudball yang telah dibentuk di tempat yang sesuai untuk proses fermentasi selama beberapa minggu.
-Memastikan semua peserta memahami proses fermentasi dan kepentingannya untuk keberkesanan mudball.
5. Membersihkan Sungai:
-Merancang dan melaksanakan aktiviti pembuangan mudball ke dalam sungai, tasik, atau kolam yang tercemar.
-Melaksnakan program balingan mudball yang melibatkan seluruh komuniti untuk meningkatkan kesedaran dan semangat kebersamaan dalam menjaga kebersihan sungai.
6. Pemantauan dan Penilaian:
-Melakukan pemantauan berkala terhadap kualiti air setelah penggunaan mudball.
-Melibatkan komuniti dalam kegiatan pemantauan untuk memastikan kesinambungan usaha pembersihan dan perawatan air sungai.
Manfaat Kerjasama Komuniti dalam Pembuatan Mudball:
1. Pendidikan dan Kesedaran Masyarakat:
-Meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang isu-isu pencemaran sungai dan cara-cara menyelesaikan isu pencemaran sungai.
2. Komuniti yang Lebih Erat:
-Aktiviti gotong royong dan kolaborasi dalam pembuatan mudball dapat mempererat hubungan dalam komuniti.
3. Meningkatkan Kualiti Air:
-Penggunaan mudball dapat membantu mengurangi pencemaran air dan memulihkan ekosistem akuatik.
4. Meningkatkan Kemahiran:
-Peserta belajar kemahiran baru dalam bidang bioteknologi.
Dengan melibatkan komuniti secara aktif dalam proses pembuatan dan penggunaan mudball, tidak hanya kualiti air yang dapat diperbaiki, tetapi juga semangat kebersamaan dan tanggung jawab sosial dalam menjaga kelestarian alam sekitar dapat dipupuk dengan lebih baik.
Sumbangan MBIP adalah penting dalam meningkatkan kesedaran dalam menjaga kualiti air sungai. Berikut adalah ringkasan sumbangan MBIP:
1. Merawat dan meningkatkan kualiti air sungai daripada tercemar.
Program rawatan air sungai menggunakan EM Mudball ini mula dijalankan pada tahun 2023 hingga kini. Program ini dijalankan sebanyak sebulan sekali dengan kerjasama pihak kontraktor iaitu J-Biotech Sdn Bhd di 3 lokasi atau point yang utama:
Lokasi 1: Jambatan Jalan Hang Jebat
Lokasi 2: Kolam Takungan Banjir Taman Damai Jaya
Lokasi 3: Taman Rekreasi Taman Damai Jaya
Persampelan air sungai turut dijalankan bersama Johor Toyyiban Laboratories bagi mengenal pasti keberkesanan produk EM Mudball dalam meningkatkan kualiti indeks air (WQ!) agar sungai berada dalam kategori sungai yang terbersih dan selamat untuk digunakan.