PROGRAM PENANANAM POKOK

DOKUMEN SOKONGAN

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri komited dalam melaksanakan program berunsurkan alam sekitar selaras dengan salah satu inisiatif dalam pelan strategik Majlis Bandaraya Iskandar Puteri menjelang tahun 2026 dengan menganjurkan program yang memupuk cara hidup rendah karbon, kelestarian dan kehijauan melalui pelaksanaan program penanaman pokok.



Majlis Bandaraya Iskandar Puteri juga komited ke arah seruan Kerajaan dalam beberapa program kempen tanam pokok atau program penghijauan Malaysia dengan perincian sepertimana yang berikut:

1. Kempen Tanam Pokok anjuran Jabatan Landskap Negara yang telah dilancarkan pada 3 Mac 1997 dan mensasarkan 20 juta pokok teduhan untuk ditanam menjelang tahun 2020.

2. Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta pokok anjuran Jabatan Perhutanan yang dilancarkan pada tahun 2021 dan mensasarkan 100 juta pokok untuk ditanam di seluruh negara menjelang tahun 2025.

3. Program Penanaman 181,000 pokok sehari Negeri Johor anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Johor yang mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penanaman pokok terbanyak dalam tempoh satu hari.

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri komited ke arah menjayakan program dan kempen tersebut bagi meningkatkan tahap kehijauan, kualiti landskap dan persekitaran di seluruh negara dengan menggalakkan penanaman pokok teduhan di bandar-bandar dan kawasan awam.

Antara inisiatif dan program utama yang dirancang, dianjurkan dan dilaksanakan oleh pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri adalah sepertimana yang berikut:

1. Perlaksanaan Program-Program Penanaman Pokok Teduhan sebagai program tahunan
2. Perlaksanaan Kempen Penanaman Pokok Teduhan dalam setiap Pembangunan
3. Penetapan syarat Penanaman Pokok teduhan dalam setiap Pembangunan
4. Perlaksanaan kajian Inventori Pokok Warisan (2010)
5. Perlaksanaan Inventori Pokok dalam kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (2023)


Butiran mengenai inisiatif dan program utama adalah sepertimana di bahagian Ringkasan Sumbangan.


Rakan Strategik:
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bekerjasama dengan pelbagai agensi Kerajaan mahupun agensi Swasta dalam menjayakan program pemeliharaan dan pemuliharaan yang menyumbang ke a rah alam sekitar yang lebih kondusif dan mampan.

Antara agensi yang terlibat sama dalam program penanaman pokok ini adalah sepertimana yang berikut:

1. Jabatan Alam Sekitar
2. Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)
3. Jabatan Landskap Negara (JLN)
4. Jabatan Landskap Negeri Johor (JLNJ)
5. Jabatan Perhutanan
6. Jabatan Perhutanan Negeri Johor
7. Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM)
8. Pemilik kilang -Biocon Technologies
9. Pemaju perumahan- Bukit Indah (Johor) & SPSetia Berhad
10. Pihak pengurusan Sireh Park, Heritage Trust
11. Sekolah-sekolah kerajaan



Program-program penanaman pokok yang dianjurkan oleh Majlis Bandarya Iskandar Puteri telah melibatkan pelbagai peringkat Kerjasama daripada Peringkat komuniti sehinggalah peringkat antarabangsa antaranya adalah:

PERINGKAT KOMUNITI
- Program Infaq Pokok Warisan di Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini – Mac 2019
- Program Tanam pokok di Edible Park sempena Majlis Pelancaran rapatkan SAF 2.0 Puspanita cawangan Negeri Johor-Mei 2022
- Program penanaman Pokok di jajaran Sg Skudai, Taman Impian Emas bersempena Program Penanaman 181,000 batang pokok sehari Negeri Johor-Oktober 2023 bersama Biocon Technologies

PERINGKAT IPT/ SEKOLAH
- Program penanaman Pokok di Sireh Park, Taman Nusa Idaman bersempena Program Penanaman 181,000 batang pokok sehari Negeri Johor-oktober 2023
- Program penanaman pokok bersama Pelajar PPKI Sek.Keb. Taman Universiti 2 di Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini-Februari 2024
- Program penanaman pokok bersama Sek.Keb.Bandar Baru Kuala Selangor-Januari 2024

PERINGKAT NEGERI
- Kempen tanam pokok sempena sambutan Hari Bandaraya di Gateway Garden-November 2022

PERINGKAT KEBANGSAAN & ANTARABANGSA
- Program penanaman Pokok sempena Asia Pacific Climate Week (APCW) di Sireh Park, Taman Nusa Idaman- November 2023



PERLAKSANAAN PROGRAM-PROGRAM PENANAMAN POKOK TEDUHAN SEBAGAI PROGRAM TAHUNAN

Majlis Bandaraya menyahut Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta ini dengan mengadakan program-program Penanaman Pokok ini sebagai program tahunan bagi memberi kesedaran kepada umum tentang pentingnya pemeliharaan tumbuhan hijau ini dalam mengatasi isu-isu alam sekitar pada masa kini.

Antara objektif pelaksanaan program ini adalah sepertimana yang berikut:

1. Memberi kesedaran mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar dalam kalangan Masyarakat dan memupuk semangat cintakan alam semula jadi
2. Sejajar dengan hasrat kerajaan dalam Kempen penghijauan Malaysia Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025)
3. Mengekalkan kawasan hijau di seluruh negara selain memelihara serta memulihara kawasan berhutan;
4. Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok dan kawasan berhutan serta memupuk semangat cintakan alam semula;
5. Merakyatkan komitmen dan semangat pengekalan kawasan litupan hijau sebagai satu agenda nasional;
6.Memastikan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan berhutan dan pokok-pokok dapat dicapai; dan
7. Menggalakkan penyertaan agensi kerajaan persekutuan/negeri, syarikat swasta dan badan korporat, badan bukan kerajaan, institusi-insitusi pendidikan/penyelidikan dan orang awam dalam usaha penanaman pokok.


Melibatkan semua pihak dalam melaksanakan aktiviti penanaman pokok bagi mengimbangi tepu bina dalam kawasan Iskandar Puteri.

Antara program-program penanaman pokok yang telah dianjurkan dan dilaksanakan dalam kawasan pentadbiran Iskandar Puteri dengan penglibatan yang daripada pelbagai pihak memberi manfaat kepada alam sekitar tetapi juga memperkukuhkan ikatan sosial dalam Masyarakat adalah sepertimana yang berikut:

1. Program Infaq Pokok Warisan di Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini – Mac 2019
2. Program Tanam pokok di Edible Park sempena Majlis Pelancaran rapatkan SAF 2.0 Puspanita cawangan Negeri Johor-Mei 2022
3. Kempen tanam pokok sempena sambutan Hari Bandaraya di Gateway Garden-November 2022
4. Program penanaman Pokok di Sireh Park, Taman Nusa Idaman bersempena Program Penanaman 181,000 batang pokok sehari Negeri Johor-oktober 2023
5. Program penanaman Pokok di jajaran Sg Skudai, Taman Impian Emas bersempena Program Penanaman 181,000 batang pokok sehari Negeri Johor-Oktober 2023
6. Program penanaman Pokok sempena Asia Pacific Climate Week (APCW) di Sireh Park, Taman Nusa Idaman- November 2023
7. Program penanaman pokok bersama Pelajar PPKI Sek.Keb. Taman Universiti 2 di Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini-Februari 2024
8. Program penanaman pokok bersama Sek.Keb.Bandar Baru Kuala Selangor-Januari 2024


PERLAKSANAAN KEMPEN PENANAMAN POKOK TEDUHAN DALAM SETIAP PEMBANGUNAN

Majlis Bandaraya sangat komited dalam menjadikan kawasan Iskandar Puteri kea rah …. Selaras dengan visi Pelan Induk Landskap Iskandar Puteri 2021-2031 dengan sentiasa mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dalam Kempen - Kempen Tanam Pokok anjuran Jabatan Landskap Negara yang telah dilancarkan pada 3 Mac 1997 dan mensasarkan 20 juta pokok teduhan untuk ditanam menjelang tahun 2020 dan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta pokok anjuran Jabatan Perhutanan yang dilancarkan pada tahun 2021 dan mensasarkan 100 juta pokok untuk ditanam menjelang tahun 2025.

Pencapaian Majlis Iskandar Puteri dalam menjayakan kempen tanam pokok melalui penanaman pokok dalam setiap Pembangunan dalam kawasan MBIP dengan Kerjasama oleh pelbagai pihak termasuklah pemaju, pemilik kilang/ premis, perunding dan pihak MBIP sendiri adalah sepertimana yang berikut:

1. Data Penanaman Pokok Teduhan sepertimana Perlaksanaan Kempen Tanam Pokok pada tahun 2015
Jumlah Pokok Teduhan - 20,711

2. Data Penanaman Pokok Teduhan sepertimana Perlaksanaan Kempen Tanam Pokok pada tahun 2016
Jumlah Pokok Teduhan - 29,370

3. Data Penanaman Pokok Teduhan sepertimana Perlaksanaan Kempen Tanam Pokok pada tahun 2017
Jumlah Pokok Teduhan - 15,536

4. Data Penanaman Pokok Teduhan sepertimana Perlaksanaan Kempen Tanam Pokok pada tahun 2018
Jumlah Pokok Teduhan - 18,268

5. Data Penanaman Pokok Teduhan sepertimana Perlaksanaan Kempen Tanam Pokok pada tahun 2019
Jumlah Pokok Teduhan - 17,671

6. Data Penanaman Pokok Teduhan sepertimana Perlaksanaan Kempen Tanam Pokok pada tahun 2020
Jumlah Pokok Teduhan - 11,398

7. Data Penanaman Pokok Teduhan sepertimana Perlaksanaan Kempen Tanam Pokok pada tahun 2021
Jumlah Pokok Teduhan - 7,541

8. Data Penanaman Pokok Teduhan sepertimana Perlaksanaan Kempen Tanam Pokok pada tahun 2022
Jumlah Pokok Teduhan - 4,865

9. Data Penanaman Pokok Teduhan sepertimana Perlaksanaan Kempen Tanam Pokok pada tahun 2023
Jumlah Pokok Teduhan - 7,400

10. Data Penanaman Pokok Teduhan sepertimana Perlaksanaan Kempen Tanam Pokok pada tahun 2024 (Pencapaian sehingga Mac 2024)
Jumlah Pokok Teduhan - 486

Jumlah Keseluruhan pokok teduhan di tanam sepanjang 2015-2024
133,246