ASIA PACIFIC CLIMATE ACTION WEEK

DOKUMEN SOKONGAN

Minggu Iklim Asia-Pasifik 2023 telah berlangsung dari 13-17 November 2023 dan telah dianjurkan oleh kerajaan Malaysia di bandaraya Johor Bahru.

MBIP telah diberikan peranan untuk menganjurkan salah satu pocket event kepada delegasi persidangan sebagai pengisian acara Minggu Iklim ini iaitu Program Penanaman Pokok APCW di Sireh Park, Taman Nusa Idaman, Iskandar Puteri.



APCW 2023 merupakan platform untuk penggubal dasar, pengamal, sektor perniagaan dan masyarakat untuk bertukar-tukar infomarsi dan idea mengenai penyelesaian iklim, halangan untuk diatasi dan peluang yang direalisasikan di wilayah yang berbeza. APCW 2023 membincangkan penyelesaian iklim menjelang Conference of the Parties (COP) COP28.

Minggu Iklim memfokuskan kepada empat perkara berikut iaitu;

1. Sistem tenaga dan industri
2. Bandar, penempatan bandar dan luar bandar, infrastruktur dan pengangkutan
3. Darat, lautan, makanan dan air
4. Masyarakat, kesihatan, mata pencarian, dan ekonomi

LATAR BELAKANG PROGRAM APCW 2023

Minggu Iklim Asia-Pasifik 2023 (Asia-Pacific Climate Week 2023, APCW 2023) merupakan acara penting dalam usaha menangani perubahan iklim di rantau Asia-Pasifik. Berikut adalah beberapa kepentingan utama acara ini:

Platform Kerjasama dan Dialog:

APCW 2023 menyediakan platform bagi pelbagai pihak berkepentingan termasuk kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil, dan akademia untuk berkumpul, berbincang, dan berkongsi pandangan serta penyelesaian terhadap cabaran perubahan iklim.
Memperkuat jaringan dan kerjasama antara negara-negara di rantau Asia-Pasifik dalam usaha menangani isu iklim secara kolektif.

Pertukaran Pengetahuan dan Amalan Terbaik:

Memberikan peluang kepada peserta untuk berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik mengenai strategi mitigasi dan adaptasi iklim.
Memperkenalkan teknologi dan inovasi terkini yang dapat membantu dalam mengurangkan kesan perubahan iklim dan meningkatkan daya tahan komuniti.

Mempercepatkan Tindakan Iklim:

Meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang urgensi tindakan iklim di kalangan pembuat dasar dan masyarakat umum.
Menggalakkan komitmen yang lebih tinggi dari pihak kerajaan dan sektor swasta untuk mencapai sasaran pengurangan pelepasan karbon dan memperkukuh usaha mitigasi serta adaptasi.

Menyokong Pelaksanaan Perjanjian Paris:

Membantu negara-negara di rantau Asia-Pasifik dalam melaksanakan komitmen mereka di bawah Perjanjian Paris dengan menyediakan panduan dan sokongan teknikal.
Menyemak kemajuan dan cabaran dalam mencapai sasaran iklim nasional serta mengenalpasti langkah-langkah tambahan yang perlu diambil.

Fokus pada Isu Serantau:

Mengarahkan perhatian kepada isu-isu iklim yang unik dan kritikal di rantau Asia-Pasifik, seperti peningkatan paras laut, bencana alam, dan pengurusan sumber air.
Menggalakkan penyelesaian yang disesuaikan dengan konteks serantau dan komuniti tempatan.

Mendorong Pendanaan Iklim:

Membincangkan mekanisme pembiayaan dan pelaburan untuk projek-projek iklim, termasuk cara mengakses dana iklim antarabangsa.
Menghubungkan projek iklim dengan pelabur dan penyedia dana untuk mempercepatkan pelaksanaan inisiatif iklim.

Bersempena dengan perlaksanaan APCW 2023 di Sireh Park, Iskandar Puteri, MBIP turut menjayakan Karnival Iskandar Puteri. Karnival ini dapat memberikan kesedaran kepada Masyarakat tentang cabaran perubahan iklim pada masa kini.


Rakan Strategik:
Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Universiti Teknologi Malaysia, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, SWM Environment, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Invenst Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Sireh Park, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Permodalan Darul Ta'zim Sdn. Bhd. , Universiti Teknologi Malaysia
Rakan Sokongan:
Sunway City Iskandar Puteri, Iskandar Investment Berhad, Think City, UEM Sunrise Berhad, Yayasan Jcorp, Tenaga Nasional Berhad, Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Malaysia



Disokong oleh:

United Nations Climate Change , The United Nations Development Programme, UNDP , United Nations Environment Programme , The World Bank Group , The Asian Development Bank, ADB , United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific, ESCAP , The Institute for Global Environmental Strategies (IGES) , UN Global Compact Network Malaysia & Brunei



Antara program-program yang dianjurkan berkisar kepada kelestarian alam sekitar di Sireh Park sepanjang minggu Iklim Asia-Pasifik bermula dari 11-13 November 2023 adalah;

1. Program Penanaman Pokok APCW
2. Let’s Learn Compost
3. Kids Nature Walk
4. Nature Pounded Art
5. Nature Story Telling
6. Nature Doodle Time
7. Blossom Stamp Art
8. Push Bike Challenge
9. Aktiviti Kayak
10. Projek Kitar Semula Barang Terpakai Pandu Lalu
11. Pameran Iskandar Puteri Rendah Karbon
12. Iskandar Puteri Fun Ride (25KM)
13. Pertandingan Memancing
15. Pemeriksaan Kesihatan Yayasan Kanser Tengku Laksamana Johor
16. Pertandingan Binaan Arca “OOTD” Menggunakan Bahan Terpakai IPT
17. Program Jom Hijau
18. Anugerah Kelestarian Pendidikan Local Agenda 21 : 2023
19. Iskandar Puteri Hiking Challenge’

Melaui pocket Event sempena APCW2023, program yang telah dianjurkan telah dapat meningkatkan kesedaran tentang kesan perubahan iklim dan kepentingan tindakan iklim di kalangan masyarakat umum terutamanya warga MBIP.

Selain itu, dapat menggalakkan penglibatan masyarakat dalam inisiatif iklim melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan yang diadakan semasa minggu tersebut.

Secara keseluruhannya, Minggu Iklim Asia-Pasifik 2023 memainkan peranan kritikal dalam menyatukan usaha dan sumber untuk menghadapi perubahan iklim di rantau ini, sekaligus menyumbang kepada kestabilan iklim global dan kemakmuran lestari.