Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah diberi kepercayaan untuk menyediakan tempat acara Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Hutan Bandar MBIP, Mutiara Rini pada 21 Oktober 2023.
HARI ALAM SEKITAR NEGARA merupakan satu penjenamaan semula yang telah dibuat oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada tahun 2015 daripada penganjuran Hari Alam Sekitar Malaysia atau Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) pada tahun-tahun sebelum itu.
Sambutan MASM merupakan satu acara tahunan yang telah dianjurkan susulan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada Oktober 1989. Semenjak tahun 1991, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu menerusi Jabatan Alam Sekitar telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti sebagai usaha berterusan Kerajaan untuk menerap dan meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia. MASM disambut pada setiap tahun dari 21 hingga 27 Oktober bersempena Hari Alam Sekitar Malaysia yang jatuh pada 21 Oktober.
Atas cetusan idea YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bersempena sambutan MASM yang ke-25 pada tahun 2015, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah bersetuju menjenamakan Minggu Alam Sekitar Malaysia kepada Hari Alam Sekitar Negara (HASN).
Rakan Strategik:
Jabatan Alam Sekitar Putrajaya, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Universiti Teknologi Malaysia, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, SWM Environment, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, , Universiti Teknologi Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tenaga Nasional Berhad, Columbia Asia Hospital
Rakan Sokongan:
Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Disokong oleh:
Program ini merupakan Kerjasama peringkat kebangsaan. Jalinan usahasama diantara Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Pelancaran Buku Iskandar juga melibatkan pelajar sekolah yang mana Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah berkenan melancarkan buku tersebut.
Sebagai Jawatankuasa Persiapan tempat, MBIP komited dalam menjayakan Hari Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan 2023. Ditambah lagi dengan keberangkatan DYMM Permaisuri Johor.
Antara sumbangan MBIP bagi menjayakan HASN 2023 adalah menyediakan hiasan dan dekorasi, khemah dan logistic, keselamatan, gimmick pelancaran dan kebersihan tempat.
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah berkenan bercemar duli menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2023 (HASN 2023) peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor di Hutan Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim pada hari ini.
Majlis turut dihadiri oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Setiausaha Kerajaan Johor, Yang Berhormat Tan Sri Dato' Dr. Haji Azmi bin Rohani, Ketua Setiausaha NRECC, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Exco, Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Persekutuan serta Agensi-agensi.
Dengan tema 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama', HASN 2023 menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti Larian Udara Bersih, Gambut Explorace, Pertandingan Dekorasi Kek, Pertandingan Mewarna, dan juga aktiviti-aktiviti komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) bagi memupuk rasa cinta kepada alam sekitar.
HASN 2023 telah memberi peluang kepada Masyarakat setempat untuk menghargai alam sekitar.
HASN 2023 telah mancapai objektif nya iaitu;
1. Mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas
2. Menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghayati alam sekitar
3. Mengiktiraf kepada mereka yang telah memberi sumbangan signifikan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
4. Membudaya dan memupuk kesedaran di kalangan masyarakat khususnya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar