Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berperanan penting dalam mempromosikan dan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan pembudayaan kebersihan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Berikut adalah beberapa peranan yang penting bagi MBIP dalam usaha untuk mencapai objektif Johor Bersih:
1. Agenda negeri Johor maju menjelang tahun 2030
MBIP perlu memainkan peranan untuk memastikan MBIP dalam keadaan yang bersih dan ceria serta menyokong usaha pihak Kerajaan negero terutamanya Menteri Besar Johor yang optimis untuk menjadikan negeri Johor lebih bersih dalam usaha untuk menjadikan Johor sesebuah negeri maju menjelang tahun 2030.
2. Menerapkan sikap bangsa Johor yang menjaga kepentingan alam sekitar.
MBIP bertanggungjawab dalam memupuk sikap segenap lapisan bangsa Johor akan kepentingan menjaga alam sekitar.
Rakan Strategik:
J-Biotech, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), PIJ Holdings Sdn. Bhd., SWCorp dan SWM Environment Sdn. Bhd.
Disokong oleh:
Pejabat Menteri Besar Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor bahagian Kerajaan Tempatan, Komuniti (Kawasan Rumah Tetangga (KRT), Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi kawasan berstrata atau kawasan flat.
Sumbangan MBIP adalah penting dalam meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar kepada komuniti. Berikut adalah ringkasan sumbangan MBIP:
1. Agenda negeri Johor maju menjelang tahun 2030
MBIP telah aktif dalam menjalankan aktiviti Plogging dan Jalan Angkat (PJA) bermula pada tahun 2022 hingga kini. Ianya dijalankan pada setiap hari Ahad pada jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi di kawasan-kawasan hotspot termasuk Kawasan sekitar bibir Sungai Skudai dan Sungai Melana. Aktiviti ini turut melibatkan ahli majlis kawasan, jawatankuasa penduduk dan pihak NGO seperti SWM Environment Sdn.Bhd., SWCorp, J-Biotech, KPRJ dan PIJ Holdings Sdn.Bhd pada sepanjang tempoh pelaksanaan program ini. Sebanyak hampir 127,000kg sampah yang telah berjaya dikutip sepanjang aktiviti ini dijalankan pada tahun 2022-2024.
MBIP bertanggungjawab memberi bantuan pembersihan secara berkala meliputi kerja-kerja pemotongan rumput, pembersihan longkang, pembersihan sampah longgok, pembersihan jalan dan kerb serta pembersihan taman permainan kanak-kanak
Bagi mengatasi masalah aduan kacauganggu di Kawasan rumah terbiar, MBIP telah melantik kontraktor tahunan bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan di Kawasan tersebut. Selain itu, MBIP komited untuk meningkatkan kebersihan di jalan-jalan protokol di dalam MOU (Memorandum of Understanding) antara MBIP dan JKR untuk memastikan jalan tersebut berada dalam keadaan yang bersih.
2. Menerapkan sikap bangsa Johor yang menjaga kepentingan alam sekitar.
Edaran risalah kempen banteras nyamuk Aedes & pengurusan sisa pepejal telah dijalankan di pasar-pasar malam dan bazar ramadan di seluruh Kawasan MBIP kepada peniaga dan orang awam bagi menggalakkan mereka lebih cakna dalam pengurusan sampah dan pencegahan tempat pembiakan masalah nyamuk Aedes, seterusnya dapat mengurangkan masalah kebersihan alam sekitar dan penyakit kes denggi.