SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA

DOKUMEN SOKONGAN

Hari Sungai sedunia adalah sambutan tahunan yang diadakan pada hari ahad keempat pada bulan September. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran global tentang pentingnya Sungai dan ekosistem kehidupan didalam Sungai serta menggalakkan tindakan untuk melindungi dan memulihara Sungai di seluruh dunia.



Bagi menyambut hari Sungai sedunia, MBIP dan beberapa agensi bekerjasama dalam menjayakan program Hari Sungai Sedunia 2023 bersama komuniti Kg. Sg Melayu dan Sg. Pendas

Peranan MBIP dalam menjayakan hari Sungai sedunia dalah seperti berikut:

1. Kesedaran awam: Meningkatkan kesedaran awam tentang peranan penting Sungai dalam kehidupan seharian termasuk kepentingannya untuk bekalan air bersih, habitat kehidupan air, tempat rekreasi dan juga ekonomi.

2. Pendidikan: Memberikan Pendidikan kepada orang ramai tentang isu-isu yang dihadapi oleh Sungai seperti pencemaran, perubahan iklim dan pengurusan air yang tidak mampan

3. Tindakan komuniti: Menggalakkan komuniti untuk mengambil tindakan dalam memulihara dan melindungi Sungai melalui aktiviti pembersihan sungai


Rakan Strategik:
Pejabat Pelestarian Kampus Universiti Teknologi Malaysia , Yayasan Johor Corporation (JCorp) , ADUN Kota Iskandar , Sunway City Iskandar Sdn Bhd , Jabatan Pengairan dan Saliran , Pejabat Kesihatan Daerah , Jabatan Alam Sekitar , Iskandar Investment Berhad , Iskandar Regional Development Authority



Peringkat Antarabangsa

Program ini merupakan program kesedaran antarabangsa yang disambut serentak satu dunia

Peringkat IPTA & Sekolah

Penglibatan oleh pelajar daripada Universiti Teknologi Malaysia, Pelajar sekolah Kampung Sungai Melayu dan Kampung Pendas.



Sambutan Hari Sungai Sedunia 2023 bersama komuniti Kg. Sg Melayu dan Sg. Pendas merupakan program tahunan yang dilaksanakan antara kerjasama agensi dan IPTA

Antara program yang dijalankan sepanjang program:

i.Kutip sampah sambil riadah
ii.Kutip sampah di Sungai
iii.Aktiviti modul berteraskan sains dan aplikasi
iv.Pameran berkaitan kelestarian alam sekitar dan Sungai


Antara sumbangan yang diperoleh daripada program ini ialah:

i.Dapat mendorong amalan pengurusan air yang Lestari dan mampan dikalangan komuniti dan penduduk setempat
ii.Memupuk penghargaan terhadap nilai ekologi, budaya dan ekonomi Sungai.
iii.Menekankan pentingya mengurangkan pencemaran air Sungai melalui program program kutipan sampah
iv.Melindungi habitat akuatik dan spesis yang bergantung kepada Sungai yang bersih
v.Menggalakkan usaha pemulihan habitat yang terancam dan pemuliharaan spesis kehidupan air yang hampir pupus.