JOHOR BERSIH@SUNGAI adalah merupakan cetusan idea yang dicanang oleh YAB Menteri Besar Johor dalam memupuk kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya kebersihan di Negeri Johor, inisiatif ini dimulakan setelah program Johor Bersih yang dilaksanakan lebih awal mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negeri Johor.
Program yang dijalankan pada setiap hari ahad pagi ini merangkumi beberapa aktiviti dan inisiatif:
1.Pembersihan Sungai:
Mengadakan program gotong-royong untuk membersihkan sampah dan sisa dari sungai dan kawasan tebing serta sekitar.
2.Program Pendidikan dan Kesedaran:
Kempen kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan sungai.
3.Pemuliharaan Sungai:
Merawat air Sungai yang tercemar dengan menggunakan teknologi Mud Ball
4.Pemantauan dan Penguatkuasaan:
Melaksanakan pemantauan berkala terhadap kualiti air sungai dan memastikan undang-undang berkaitan pencemaran dipatuhi.
Dengan pelaksanaan Johor Bersih @ Sungai, diharapkan sungai-sungai di Johor akan terus terpelihara, memberikan manfaat yang berpanjangan kepada alam sekitar dan masyarakat setempat.
Rakan Strategik:
• Majlis Bandaraya Johor Bahru
• Majlis Perbandaran Kulai
• Badan Kawalselia Air Johor
• Jabatan Pengairan dan Saliran
• PlanMalaysia
• Kementerian Kesihatan Malaysia
• Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd
• Jabatan Perikanan
• Southern Volunteers
• Syarikat Air Johor
• Pejabat Daerah Johor Bahru
Peringkat Negeri
Program yang disertai oleh Menteri Besar Johor, Agensi Kerajaan, Agensi Bukan Kerajaan dan Komuniti
Peringkat Komuniti
Turut terlibat sama penduduk setempat, komuniti dan NGO
Johor Bersih @ Sungai adalah satu inisiatif yang dijalankan di negeri Johor, dengan fokus utama untuk membersihkan dan memelihara sungai-sungai di negeri Johor. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian sungai serta memastikan sumber air yang bersih dan sihat untuk kegunaan penduduk setempat dan komuniti
Antara objektif program ini adalah untuk memastikan Kebersihan Sungai dan mengurangkan pencemaran di sungai melalui aktiviti pembersihan berkala dan Memulihkan habitat akuatik dan tebing sungai untuk memastikan keseimbangan ekosistem. Selain itu juga bagi mendidik masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan sungai dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada usaha ini.
Terdapat banyak sumbangan yang diperolehi melalui program ini. Antara sumbangannya adalah seperti berikut:
Kelestarian Alam Sekitar:
Meningkatkan kesihatan ekosistem sungai dan kelestarian alam sekitar di Johor lebih lebih lagi dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Kualiti Hidup:
Menyediakan sumber air yang bersih dan sihat untuk penduduk setempat, sekaligus meningkatkan kualiti hidup.
Ekonomi dan Rekreasi:
Memelihara sungai untuk kegunaan ekonomi seperti perikanan dan pelancongan serta untuk aktiviti rekreasi.
Inisiatif Johor Bersih @ Sungai adalah contoh usaha yang komprehensif dan menyeluruh dalam memastikan sungai-sungai di Johor terjaga dan terpelihara untuk kegunaan masa kini dan generasi akan datang.