TUKUN REPLIKA BANGUNAN SULTAN IBRAHIM

DOKUMEN SOKONGAN

Tukun merupakan rumah atau tempat pembiakan atau perlindungan bagi habitat dasar laut. Tukun terdiri daripada batu karang di dasar laut yang berkembang membentuk sebuah ekosistem hidupan laut, terutama sekali ikan-ikan kecil. Lazimnya, ikan-ikan kecil akan berkumpul di sekitar kawasan tukun dan sekaligus ianya akan menarik kehadiran ikan-ikan yang lebih besar datang untuk mencari makanan. Ianya juga sering dijadikan sebagai tempat perlindungan daripada pemangsa. Namun, tukun semakin berkurangan akibat kitaran alam. Malah, perbuatan manusia seperti aktiviti pencerobohan pukat tunda juga turut menjejaskan sektor perikanan nelayan tempatan. Akibat kemusnahan banyak tempat pembiakan hidupan di dasar laut, pelbagai spesis hidupan akuatik seperti ikan, ketam, sotong dan udang karang terancam dan seterusnya menganggu keseluruhan ekosistem dasar laut. Justeru, peranan tukun adalah sangat signifikan dalam teknologi perikanan yang mana ianya perlu dirancang dengan baik demi memastikan sumber ikan laut akan terus ada.

Perikanan di Malaysia terutama di perairan Mersing menghadapi pelbagai isu yang mempengaruhi kelestarian, produktiviti, dan kesejahteraan komuniti nelayan. Berikut adalah beberapa isu utama yang dihadapi:

1. Populasi Ikan Berkurangan: Penangkapan ikan berlebihan mengakibatkan penurunan populasi ikan, terutama spesies bernilai tinggi, yang boleh mengancam kelestarian sumber perikanan.
2. Ekosistem Terganggu: Overfishing mengganggu keseimbangan ekosistem marin, memberi kesan negatif kepada pelbagai spesies lain dalam rantaian makanan laut.
3. Pemusnahan Terumbu Karang: Aktiviti manusia seperti penangkapan ikan menggunakan bom dan sianida serta perubahan iklim menyumbang kepada kemusnahan terumbu karang, habitat penting bagi banyak spesies ikan.
4. Pencemaran: Pencemaran dari darat, seperti sisa industri dan pertanian, serta plastik, menjejaskan kualiti air dan habitat marin.
5. Pemanasan Global: Peningkatan suhu laut dan perubahan corak cuaca mempengaruhi habitat dan kelangsungan hidup pelbagai spesies ikan.
6. Asidifikasi Laut: Penyerapan CO2 oleh laut menyebabkan pengasidan, yang memberi kesan negatif kepada kehidupan marin, termasuk karang dan ikan yang bergantung kepada mereka.


Projek Tukun Replika Bangunan Sultan Ibrahim yang dilaksanakan oleh MBIP sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan isu-isu alam sekitar tersebut.



Matlamat utama projek ini adalah ;

1. Sebagai salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility - CSR) untuk membantu menambah tukun di Perairan Taman Laut Sultan Iskandar, Mersing dan secara tidak langsung membantu meningkatkan sumber perikanan negara. 
2. Sebagai simbolik kepada pra-pengisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 10 September 2017.
3. Sebagai tukun inovasi yang tercatat di dalam Malaysia Book of Record (MBR) sebagai “Biggest Artificial Reef Structure”
4. Sebagai PBT pertama yang melabuhkan tukun tiruan dan pelancaran logo bawah laut.


Lima objektif utama projek ini adalah ;

1. Menjayakan program Rancangan Kawasan Khas (RKK) Mersing melalui pembangunan sektor pelancongan & perikanan
2. Mempertingkat industri eko-pelancongan dan menawarkan sumber hasil kepada penduduk setempat.
3. Meningkatkan pembiakan dan kehadiran ikan-ikan di samping meningkatkan keupayaan perlindungan dan pertumbuhan karang
4. Struktur tukun yang dibina akan menjadi santuari dan memberikan perlindungan kepada dugong, penyu dan spesis laut yang terancam.
5. Peluang untuk menemui spesis baru dan peluang kajian untuk pakar oceanography.


TUKUN REPLIKA BANGUNAN SULTAN IBRAHIM, PULAU MENSIRIP, MERSING

Reka bentuk tukun tiruan ini merupakan sumber inspirasi Bangunan Sultan Ibrahim kerana keunikan seni bina bangunan tersebut dan identiti Bangunan Sultan Ibrahim merupakan mercu tanda utama Daerah Johor Bahru dan negeri Johor amnya. Saiz tukun replika ialah pada skala 1:12 daripada bangunan sebenar dengan ketinggian keseluruhan 5.496 meter. Ukuran tukun replika tersebut ialah 10.622 meter panjang x 9.288 meter lebar. Kerja-kerja pembinaan telah dilaksanakan sendiri oleh kakitangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di mana pembinaan tersebut telah bermula pada 7 Mei 2017 dan tukun replika ini telah dilabuhkan pada 16 Julai 2017 di Taman Dasar Laut Sultan Iskandar di perairan Pulai Mensirip, Mersing. Projek ini mengambil masa lebih kurang 2 bulan sahaja untuk disiapkan.

Bahan binaan utama ialah konkrit dan besi dengan berat keseluruhan 165 tan. Reka bentuk Tukun Replika Bangunan Sultan Ibrahim yang berbentuk bongkah memudahkan proses pembinaan. Reka bentuk Tukun Replika Bangunan Sultan Ibrahim juga menyerupai genera batu karang Porites spp. dan Diploaestria spp. menjadikannya sebagai tarikan kepada pelbagai hidupan marin untuk membentuk sebuah habitat semulajadi.

Kriteria Tukun Replika BSI adalah seperti berikut ;

1. Rekabentuk arca BSI dipilih kerana ianya berbentuk bongkah dan mudah dibina.
2. Rekabentuk menyamai genera batu karang iaitu Porites spp dan Diploaestria spp. Bentuk ini menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan marin untuk menjadikannya sebagai habitat semulajadi.
3. Rekabentuk rintangan yang kurang kepada arus, tidak terbenam kerana dikorek oleh arus (scouring).
4. Mampu menahan heretan pukat tunda berat melebihi 150 tan
5. Boleh menjadikan kawasan pembiakan dan sesuai sebagai kawasan berlindung bagi ikan juvenil.
6. Ruang tetingkap pelbagai saiz mampu menjadi habitat ikan kerapu. Rekabentuk berdinding sesuai untuk habitat udang karang.
7. Dibina daripada konkrit campuran simen, pasir dan batu dan tetulangnya adalah daripada besi gred S275.
8. Pembinaannya dipantau oleh jurutera marin bertauliah yang dilantik supaya menepati piawai BS8110 (Structural Use for Concrete).
9. Boleh berfungsi sehingga 50 tahun ataupun menjadi kekal di kawasan tersebut sehingga beratus tahun.
10. Sebagai tukun rekreasi dengan rekabentuk unik sebagai tarikan pelancong


ISU ALAM SEKITAR YANG BERJAYA DISELESAIKAN

Tukun tiruan replika BSI dapat membantu industri perikanan di perairan Mersing dalam pelbagai cara yang signifikan. Berikut adalah beberapa manfaat yang dapat diberikan kepada industri perikanan tempatan:

1. Meningkatkan Populasi Ikan:
Habitat Baru: Tukun tiruan BSI dapat menyediakan habitat yang sesuai untuk pelbagai spesies ikan dan invertebrata. Struktur ini menawarkan tempat perlindungan, pemijahan, dan sumber makanan yang kaya, yang menyokong pertumbuhan populasi ikan.
Kawasan Pembiakan: Banyak spesies ikan menggunakan tukun tiruan ini sebagai tapak pembiakan, yang membantu dalam meningkatkan kadar kelahiran dan pemulihan stok ikan yang telah berkurangan.

2. Mengurangkan Tekanan pada Terumbu Karang Asli:
Pengagihan Tekanan: Dengan menarik aktiviti perikanan dan penyelaman ke tukun tiruan, tekanan ke atas terumbu karang asli dapat dikurangkan. Ini memberi peluang kepada terumbu karang asli untuk pulih dan kekal sihat.

3. Meningkatkan Hasil Tangkapan Nelayan:
Kawasan Penangkapan Baharu: Tukun tiruan ini menjadi tempat penangkapan ikan yang berkesan bagi nelayan traditional, meningkatkan hasil tangkapan mereka. Kehadiran ikan yang lebih banyak dan pelbagai di sekitar tukun tiruan meningkatkan peluang tangkapan yang lebih baik.
Mengurangkan Kos Operasi: Dengan populasi ikan yang lebih padat di sekitar tukun tiruan, nelayan boleh mengurangkan masa dan bahan bakar yang digunakan untuk mencari ikan, yang seterusnya mengurangkan kos operasi.

4. Menyokong Perikanan Mapan:
Pemuliharaan Spesies: Dengan menyediakan habitat yang selamat dan kaya sumber, tukun tiruan BSI dapat membantu dalam pemuliharaan spesies ikan yang terancam atau tertekan.
Penangkapan Selektif: Struktur tukun tiruan ini membantu dalam menggalakkan penangkapan yang lebih selektif, mengurangkan tangkapan sampingan (bycatch) dan meminimakan kerosakan pada spesies bukan sasaran.

5. Pengembangan Ekonomi Nelayan:
Pendapatan Tambahan: Selain daripada penangkapan ikan, tukun tiruan BSI juga dapat menarik minat pelancongan seperti penyelaman skuba dan snorkeling. Aktiviti ini boleh memberikan pendapatan tambahan kepada nelayan yang terlibat dalam pelancongan marin.
Peningkatan Nilai Tangkap: Dengan kehadiran lebih banyak spesies bernilai tinggi di sekitar tukun tiruan, nilai komersial tangkapan nelayan boleh meningkat.

6. Penambahbaikan Ekosistem Marin:
Memperbaiki Kualiti Air: Tukun tiruan BSI boleh membantu dalam memperbaiki kualiti air dengan mempromosikan pertumbuhan organisma seperti alga dan karang, yang boleh menyerap nutrien berlebihan dan menstabilkan ekosistem marin.
Peningkatan Biodiversiti: Dengan mewujudkan habitat baru dan kompleks, tukun tiruan BSI membantu dalam meningkatkan biodiversiti tempatan, yang seterusnya menyokong ekosistem yang lebih sihat dan produktif.
Menyerap Karbon: Struktur tukun tiruan yang terbuat daripada konkrit boleh berfungsi sebagai substrat untuk pertumbuhan alga dan karang, yang dapat menyerap karbon dioksida dari air laut. Ini membantu dalam memerangi pemanasan global dan peningkatan suhu laut.
Pemuliharaan Terumbu Karang Asli: Tukun tiruan dapat membantu melindungi terumbu karang asli dengan menarik aktiviti manusia yang merosakkan seperti penangkapan ikan yang merugikan atau penggunaan bahan kimia berbahaya. Dengan memberikan alternatif kepada nelayan dan pelancong, tukun tiruan dapat mengurangkan tekanan pada terumbu karang asli.

7. Kajian dan Penyelidikan:
Platform Penyelidikan: Tukun tiruan BSI dapat menyediakan tapak yang sesuai untuk kajian dan penyelidikan saintifik. Pengetahuan yang diperoleh daripada kajian ini boleh digunakan untuk memperbaiki pengurusan perikanan dan pemuliharaan sumber laut.

Dengan menggunakan tukun tiruan sebagai alat untuk mempromosikan pemuliharaan marin dan pemeliharaan alam sekitar, kita boleh mengambil langkah proaktif untuk melindungi sumber daya laut yang penting bagi kehidupan manusia dan ekosistem laut secara keseluruhan.


Pelbagai agensi kerajaan dan swasta terlibat dalam menjayakan projek Tukun Replika Bangunan Sultan Ibrahim. MBIP melaksanakan projek ini melalui kerjasama pintar dengan menggunakan kaedah National Blue Ocean Strategy (NBOS). Pendekatan usahasama kreatif yang digunakan oleh MBIP ini adalah untuk memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada di pelbagai agensi swasta dan kerajaan yang terlibat.

Ianya dapat memberikan hasil dalam tempoh yang singkat. Antara agensi yang terlibat adalah Institut Sumber Marin Asia Tenggara (SEAFDEC), Jabatan Laut Malaysia, Perbadanan Taman Negara Johor / Taman Laut Sultan Iskandar, Pejabat Daerah Mersing, Jabatan Taman Laut Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, EKOMA Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Pelancongan Johor, Omni Project Consultancy Sdn. Bhd., Scuba Diving International, dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) adalah satu inisiatif strategik yang digunakan di dalam menjayakan projek ini, dengan tujuan untuk menghasilkan penyelesaian yang inovatif, mampan, dan kos efektif terhadap isu perikanan di perairan Mersing.

Antara kebaikan pendekatan NBOS yang digunakan oleh MBIP adalah:

1. Kerjasama Antara Sektor: NBOS menggalakkan kerjasama antara kementerian, agensi kerajaan, dan sektor swasta untuk berkolaborasi, memecahkan kebiasaan kerja silo demi menghasilkan penyelesaian kreatif untuk isu-isu awam.
2. Pendekatan Bukan Tradisional: Inisiatif ini mempromosikan pemikiran di luar kotak untuk membangunkan program dan polisi yang bukan sahaja berkesan tetapi juga kos efektif.
3. Tanggungjawab Sosial Korporat: setiap agensi berpeluang untuk melaksanakan CSR dengan memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan alam sekitar.
4. Kecekapan dan Kos Efektif: Salah satu matlamat utama NBOS adalah untuk menyampaikan perkhidmatan awam secara lebih efisien, mengoptimumkan penggunaan sumber, dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.
5. Impak Tinggi, Kos Rendah: Inisiatif NBOS digunakan untuk mencapai impak sosial dan ekonomi yang signifikan tanpa memerlukan pelaburan kewangan yang besar.


Sebelum proses pembinaan Tukun Replika Bangunan Sultan Ibrahim, Kursus Open Water Diver Siri 1/2017 telah dilakukan bagi pengambilan lessen menyelam. Kursus tersebut telah disertai oleh 11 kakitangan MPJBT di Pulau Tinggi, Mersing pada 15 sehingga 16 Mac 2017.

Satu program khidmat nasihat dan perkongsian maklumat pembinaan tukun tiruan telah diadakan di Chendering, Kuala Terengganu bersama Institusi Sumber Marin Asia Tenggara, (SEAFDEC) dan Jabatan Perikanan Malaysia pada 16 April 2017.



Secara khususnya, pembinaan tukun replika BSI ini dibuat bagi menjayakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Mersing melalui pembangunan sektor pelancongan dan perikanan. Ianya dibina bagi mempertingkat industri eko-pelancongan dan menawarkan sumber hasil kepada penduduk setempat. Selain meningkatkan pembiakan dan kehadiran ikan-ikan, tukun replika juga berupaya melindungi dan membantu dalam pertumbuhan karang.

Tambahan lagi, struktur tukun yang dibina akan menjadi santuari dan memberikan perlindungan kepada dugong, penyu dan banyak lagi spesis laut yang terancam. Justeru, pembinaan tukun replika ini dilihat dapat memberi peluang kepada penemuan spesis baru selain membuka ruang kajian untuk pakar oceanography. Malah lebih banyak manfaat dapat diperoleh dengan adanya tukun replika ini.

Pembinaan tukun tersebut menepati piawaian BS8110, (Structure Use for Concrete), Tukun Replika Bangunan Sultan Ibrahim mampu berfungsi sehingga 50 tahun lamanya dan menjadi kekal di kawasan tersebut sehingga beratus tahun. Oleh yang demikian, Tukun Replika Bangunan Sultan Ibrahim mampu menjadi salah satu tukun rekreasi yang menjadi tarikan pelancong.

Sehingga tahun 2024, tukun Replika Bangunan Sultan Ibrahim yang telah dilabuhkan selama tujuh tahun telah berjaya mencapai objektifnya. Ianya bukan sahaja menjadi tempat pembiakan ikan dan batu karang, malahan struktur binaannya yang unik menjadi pusat rekerasi selaman scuba, secara tidak langsung meningkatkan aktiviti pelancongan di Daerah Mersing.

Tukun tiruan BSI juga dapat digunakan sebagai tapak penyelidikan dan pendidikan tentang ekologi marin dan konservasi. Penyelidikan yang dijalankan di sekitar tukun tiruan dapat memberikan pemahaman yang lebih baik tentang ekosistem laut dan cara untuk memeliharanya. Selain itu, tukun tiruan juga dapat berfungsi sebagai destinasi pendidikan luar untuk meningkatkan kesedaran awam tentang isu-isu alam sekitar marin.

Antara pengiktirafan yang diperolehi bagi projek Tukun Replika Bangunan Sultan Ibrahim adalah

1. PERINGKAT ANTRABANGSA
GREEN APPLE AWARDS FOR ENVIRONMENTAL BEST PRACTICE 2018 and GREEN AMBASSADOR AWARDS
The Houses Of Parliament, Westminster Palace, London pada 12 November 2018

2. PERINGKAT ANTRABANGSA
GOLD WINNER
Green World Awards 2019, Regional Government Global Gold Winner 30 September 2019, Ho Chi Minh City, Vietnam.

3. PERINGKAT KEBANGSAAN
MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Tukun arca BSI ini dicatatkan di dalam Malaysia Book of Record (MBR) sebagai rekabentuk tukun yang unik pertama dan sebagai PBT pertama yang melabuhkan tukun arca ke dasar laut yang mana permohonan MBR telah dimajukan kepada Malaysia Book of Record pada 7 Mei 2017.