ARBORETUM HUTAN BANDAR (CARBON ABSORPTION)

DOKUMEN SOKONGAN

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), berperanan penting dalam merancang dan melaksanakan pembangunan landskap yang kondusif dan lestari bagi menjamin keseimbangan ekosistem dengan demi untuk memelihara alam sekitar dalam Kawasan Iskandar Puteri.

Oleh yang demikian, dengan pemaju, Mutiara Rini Sdn. Bhd. Bersama-sama pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menyediakan dan membangunkan satu Kawasan lapang berkeluasan 62 ekar untuk dijadikan sebagai sebuah taman rekreasi awam yang berkonsepkan Hutan Bandar yang mana ianya merupakan sebahagian daripada 10% syarat keperluan penyediaan kawasan lapang daripada keseluruhan pembangunan tamannya yang berkeluasan 1,438 ekar. Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini sehingga kini menjadi pusat tumpuan untuk tujuan rekreasi bagi menampung keperluan penduduk seramai 50,000 orang bagi Taman Mutiara Rini dan juga penduduk di kawasan perumahan dan petempatan di sekitarnya.



Demi untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang kondusif serta mampan dan memberi kesedaran kepada awam tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar, Mutiara Rini Sdn. Bhd. telah menandatangi Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan Forest Research Institute Malaysia (FRIM) untuk membangunkan sebuah kawasan arboretum di atas tapak seluas 20 ekar dalam kawasan Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta dengan menempatkan koleksi tidak kurang daripada kira-kira 5000 pokok Hutan Hujan Tropika dan pokok nadir dari lebih 200 spesis pokok hutan hujan tropika.

Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini telah diserahkan sepenuhnya kepada MBIP oleh Mutiara Rini Sdn. Bhd pada 1 Mac 2006 untuk diteruskan pembangunan di dalam taman tersebut termasuklah kerja-kerja menaiktaraf, membaikpulih dan penyelenggaraan taman sehingga ke hari ini.

Oleh yang demikian, Pelan Induk Landskap Hutan Bandar telah dibangunkan dan digunapakai agar pembangunan yang lebih terancang, sistematik dan lengkap dapat dilaksanakan untuk fasa pembangunan seterusnya agar dapat memenuhi keperluan masyarakat setempat di pelbagai peringkat umur untuk tujuan rekreasi dan beriadah selain terus menaiktaraf, membaikpulih dan menyelenggara Kawasan lapang ini agar terus dapat bagi mengatasi isu-isu alam sekitar.
v Antara masalah isu-isu alam sekitar yang sering berlaku dan menjadi keutamaan dalam Pembangunan taman rekreasi ini dan lain-lain permbangunan dalam kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri adalah sepertimana yang berikut:

1. Masalah pemanasan global atau pulau haba akibat perlepasan karbon yang tinggi
Pewujudan hutan bandar dengan lebih 5,000 batang pokok teduhan ditanam dalam kawasan Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini ini, kualiti udara dapat ditingkatkan secara drastik. Pokok-pokok ini membantu menurunkan suhu udara dan kesan pulau panas di kawasan bandar. Pengurangan suhu ini bukan sahaja menjimatkan tenaga, malah ia meningkatkan kualiti udara dan menjadi penyumbang terbesar dalam menyerap karbon atau ‘Carbon Sequestration’ dalam udara melalui stomata pada permukaan daun.

2. Ketidak seimbangan peratusan Kawasan tepu bina dengan Kawasan hijau dalam sesebuah Pembangunan
Ekosistem setempat dapat diseimbangkan dengan menyediakan 61 ekar Kawasan lapang yang dilitupi dengan tumbuhan-tumbuhan yang dapat menyokong interaksi antara tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusia dengan alam semula jadi.

3. Pencemaran udara dan bunyi
Mengurangkan masalah pencemaran udara atau bunyi akibat daripada pembangunan Baharu dan jajaran jalan termasuk jalan utama (Jalan J4) yang terletak berhampiran kawasan Hutan Bandar ini.

4. Masalah banjir dan pencemaran air
Taman rekreasi ini dibina dengan mengambilkira pengekalan ke atas topografi asal tapak ini Ketika fasa pembinaan mengelakkan masalah banjir berlaku di kawasan perumahan berdekatan.

Selain itu, hutan bandar ini juga bertindak sebagai penapis semulajadi melalui kanopi, batang, akar yang bergabung dengan tanah menyerap bahan cemar sebelum masuk ke saliran

Risiko Pencemaran air ke atas jajaran Sungai Melana yang terletak bersebelahan dengan taman rekreasi ini juga dapat di atasi dengan menyediakan taman rekreasi ini yang langsung tidak menyumbang kepada apa-apa bentuk punca berlakunya pencemaran air seperti pelepasan bahan kimia atau sampah sarap ke dalam jajaran Sungai Melana ini.

5. Ancaman habitat akibat daripada Pembangunan Baharu
Taman rekreasi ini dibina bagi mengurangkan ancaman kehilangan habitat kepada haiwan-haiwan yang terkesan dek Pembangunan Baharu yang kian berkembang pesat disekeliling Kawasan ini. Sehingga kini, terdapat banyak spesis flora dan fauna yang dapat dikesan dalam kawasan Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini ini dan kekal sebagai habitat mereka.

6. Kekurangan Kawasan hijau yang menggalakkan ekosistem dan tempat beriadah bagi penduduk setempat
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri komited menyediaan taman rekreasi yang terletak di lokasi yang sangat strategik, mudah di akses dan berkesinambungan dengan kawasan perumahan disekelilingnya bagi mengurangkan tekanan dan meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat



Penyediaan dan penyelenggaraan kawasan lapang sebagai taman rekreasi

Bermula tahun 2001, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Bekerjasama dengan pihak pemaju, Mutiara Rini Sdn. Bhd., menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi dalam Kawasan Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini ini bagi dapat menampung keperluan rekreasi penduduk setempat yang sehingga kini menjadi satu kawasan ‘urban green’ atau ‘urban forest’ yang utama dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ini.

Penyediaan dan penyelenggaraan kawasan Arboretum dalam Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri juga bekerjasama dengan pihak Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) dalam menyediakan, menaiktaraf dan menyelenggara Kawasan arboretum yang berkeluasan 20 ekar daripada luas keseluruhan Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini ini yang bertujuan untuk menjadi satu daya tarikan kepada penduduk bukan sahaja untuk tujuan rekreasi malahan untuk tujuan pembelajaran dan kajian tentang khazanah semulajadi negara.

Keseluruhan 20 ekar kawasan Arboretum ini memiliki koleksi hutan yang mengekalkan karektor pertumbuhan semulajadinya menjadikan taman ini memiliki daya tarikan dan identitinya yang tersendiri dan menjadi sebuah muzium hidup yang menempatkan spesis tumbuhan-tumbuhan yang ditanam bagi tujuan koleksi, 28 keperluan penyelidikan sains dan pembelajaran seni tumbuhan serta untuk tujuan rekreasi pasif..

Pendekatan ini menerapkan kaedah pemeliharaan dan penanaman spesis pokok hutan dan dibiarkan hidup secara semulajadi dan penanaman spesis-spesis yang baru dibangunkan mengikut konsep tertentu dengan mengelakkan gangguan secara minimum ke atas rupabentuk semulajadi rupabuminya.

Tujuan utama pembangunan kawasan arboretum adalah menempatkan koleksi pokok yang menjadi sumber kawasan pemeliharaan genetik hutan dan juga sebagai tempat mempamerkan sebahagian daripada sumber khazanah hutan negara yang tidak ternilai kepada MBIP. Antara spesis hutan yang terdapat di sini adalah Meranti, Giam, Kapur, Balau, Balian, Cengal, Gelam, Jelawai, Jemerlang, Kempas, Keruing, Merapoh, Merbau, Tembusu dan Tualang dan lain-lain spesis hutan yang signifikan dengan Hutan Hujan Tropika.

Berikut adalah peranan dan Tindakan setiap pihak berkaitan dalam penyelesaian isu-isu alam sekitar:

1. Pemaju- Mutiara Rini Sdn. Bhd. (peringkat perancangan dan perlaksanaan)
-Mengimbangkan ekosistem setempat dengan menyediakan 61 ekar Kawasan lapang yang dilitupi dengan tumbuhan-tumbuhan yang dapat menyokong interaksi antara tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusia dengan alam semula jadi.
-Merancang dan melaksanakan pelan perancangan Pembangunan Taman Mutiara Rini yang mampan dengan menyediakan Kawasan lapang yang luas dan perletakkannya di lokasi yang strategik, berkesinambungan dengan kawasan perumahan disekelilingnya yang mudah di askses dengan berjalan kaki seterusnya dapat mengurangkan perlepasan karbon melalui kenderaan.
-Mengurangkan masalah pencemaran udara atau bunyi akibat daripada pembangunan Baharu dan jajaran jalan termasuk jalan utama (Jalan J4) yang terletak berhampiran kawasan Hutan Bandar ini.
-Mengurangkan masalah banjir atau pencemaran air kepada penduduk setempat.

2. NGO- Forestry Reasearch Institute of Malaysia (peringkat perancangan dan perlaksanaan)
-Membuat perancangan dan kajian yang terperinci tentang sepsis hutan hujan tropika yang sesuai untuk di tanam dalam Kawasan Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini yang sehingga kini, penanaman yang berusia lebih 20 tahun ini kekal menjadi penyumbang utama penyerapan karbon yang efektif.
-Mengurangkan masalah pemanasan global atau masalah pulau haba yang berkemungkinan akan dihadapi jika tiada perancangan Pembangunan yang holistik diketengahkan.

3. Pihak Berkuasa Tempatan- Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (peringkat penyelenggaraan dan mempromosikan alam sekitar)
-Perlaksanaan program-program dan aktiviti dalam Kawasan Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini seperti perlaksanaan Program Penanaman Pokok, Program perlaksanaan baja kompos dan lain-lain program berunsurkan alam semulajadi yang berkaitan
-Menyelenggara kawasan Hutan Bandar agar ekosistem tetap terpelihara dan mengambilkira faktor keselamatan pengguna taman
-Melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf dan membaikpulih kemudahan rekreasi

4. Lain-lain pemaju di sekeliling Pembangunan Taman Mutiara Rini
-Menyokong pembangunan yang Lestari dengan menyediakan kawasan lapang dalam setiap pembangunan bagi mengimbangi peratusan kawasan tepu bina dan kawasan hijau.

5. Penduduk setempat/ pengguna taman
-Melaksanakan aktiviti rekreasi
-Bersama-sama menjaga alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata, vandalisma atau merosakkan tanaman dan kemudahan rekreasi yang terdapat di tapak.



Kesan yang signifikan yang dapat dianalisa daripada pembanguna Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini adalah sepertimana yang berikut:

1. Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini menjadi penyumbang utama penyerapan karbon dalam kawasan Iskandar Puteri
Daripada keseluruhan lebih 5,000 batang pokok teduhan yang ditanam dalam kawasan taman rekreasi ini mampu menyerap lebih 1,807,471 kg karbon yang dilepaskan melalui kenderaan dan lain-lain sumber yang berkaitan. (Rujuk Lampiran 1 untuk maklumat penyerapan karbon bagi setiap pokok)

2. Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini memanjangkan hayat kawasan berturap
Teduhan yang dihasilkan dari kanopi pokok dapat mengurangkan kesan haus pada lapisan bitumen akibat dari kesan cahaya melampau. Purata kelebaran kanopi pokok dalam kawasan Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini adalah 14.59m (Rujuk Lampiran 2 untuk maklumat kelebaran kanopi pokok)

3. Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini meningkatkan keselamatan lalulintas
Pokok yang ditanam dengan kaedah tertentu dapat memberikan persepsi yang baik kepada pengguna dan boleh menjadi penampan kepada pangguna yang lain.

4. Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini meningkatkan daya mampam ekonomi
Taman rekreasi ini juga mampu menarik pelaburan dan meningkatkan industri perlancongan dalam negeri Johor.

5. Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini meningkatkan nilai hartanah
Pembeli bagi hartanah lebih cenderung membeli hartanah di kawasan yang mempunyai banyak pokok dan landskap yang baik.

6. Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini meningkatkan kemudahan sosiologi dan kualiti hidup penduduk
Interaksi yang baik antara komuniti melali perlaksanaan program-program berunsurkan alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak MBIP dapat meningkatkan kemudahan sosiologi dan kualiti hidup penduduk setempat.