TUKUN REPLIKA BANGUNAN SULTAN IBRAHIM

DOKUMEN SOKONGAN

Tukun tersebut yang berukuran 5 Meter tinggi, 10.6 Meter Panjang, 9.28 Meter Lebar dan 165 Tan berat telah dibina oleh kakitangan Jabatan Landskap, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan dilabuhkan di Taman Laut Sultan Iskandar, Pulau Mensirip, Mersing.



Lima objektif utama projek ini adalah ;

1. Menjayakan program Rancangan Kawasan Khas (RKK) Mersing melalui pembangunan sektor pelancongan & perikanan
2. Mempertingkat industri eko-pelancongan dan menawarkan sumber hasil kepada penduduk setempat.
3. Meningkatkan pembiakan dan kehadiran ikan-ikan di samping meningkatkan keupayaan perlindungan dan pertumbuhan karang
4. Struktur tukun yang dibina akan menjadi santuari dan memberikan perlindungan kepada dugong, penyu dan spesis laut yang terancam
5. Peluang untuk menemui spesis baru dan peluang kajian untuk pakar oceanography


Kejayaan projek ini yang telah dapat menyelesaikan isu alam sekitar telah melayakannya untuk merangkul beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan atarabangsa sebagaimana di bawah;

1. ANUGERAH GREEN APPLE AWARDS FOR ENVIRONMENTAL BEST PRACTICE 2018 AND GREEN AMBASSADOR AWARDS

Centered Image

Projek Tukun Replika Bangunan Sultan Ibrahim telah menerima penganugerahan Green Apple Awards for Environmental Best Practice bertempat di Houses of Parliament Westminster, London.

Tahun Diiktiraf : 12 November 2018

Agensi Yang Mengiktiraf : The Green Apple Environments Awards
Green Apple Awards dianjurkan oleh The Green Organization, sebuah organisasi antarabangsa, bebas dan bukan berasaskan keuntungan. Badan ini mengiktiraf organisasi yang telah meningkatkan dan mempromosikan amalan terbaik alam sekitar dengan ketara di seluruh dunia.

2. GREEN WORLD AWARD FOR COMMITMENT TO ENVIRONMENTAL BEST PRACTICE

Centered Image

Projek Tukun Replika Bangunan Sultan Ibrahim sekali lagi telah Berjaya ke peringkat seterusnya dengan menerima penganugerahan Green World Awards for Environmental Best Practice bertempat di Park Hyatt Hotel, Ho Chi Minh City, Vietnam

Tahun Diiktiraf : 30 September 2019

Agensi Yang Mengiktiraf : The Green Apple Environments Awards
Green Apple Awards dianjurkan oleh The Green Organization, sebuah organisasi antarabangsa, bebas dan bukan berasaskan keuntungan. Badan ini mengiktiraf organisasi yang telah meningkatkan dan mempromosikan amalan terbaik alam sekitar dengan ketara di seluruh dunia.

3. THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS STRUKTUR TERUMBU TIRUAN TERBESAR

Centered Image

Majlis perasmian Tukun Replika Bangunan Sultan Ibrahim dimeriahkan dengan majlis menandatangani sijil “The Malaysia Book of Records” sebagai “ Biggest Artificial Reef Structure” . Sijil MBR tersebut telah ditandatangani oleh DYMM Sultan Johor

Tahun Diiktiraf : 10 September 2017

Agensi Yang Mengiktiraf : The Malaysia Book of Records