ISKANDAR PUTERI RENDAH KARBON

DOKUMEN SOKONGAN

1. APPRECIATION AWARD FOR ALL ABOUT SDGS CAMPAIGN BY UNITED NATIONS DEVELOPMENT PROGRAMME (UNDP)

Centered Image

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah dianugerahkan "Appreciation Award For All About SDGs Campaign" oleh United Nations Development Programme (UNDP). Pengiktirafan ini diberikan sebagai penghargaan terhadap usaha gigih MBIP dalam melaksanakan inisiatif berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Anugerah ini mengukuhkan komitmen MBIP dalam memajukan pembangunan lestari dan memperlihatkan dedikasi mereka dalam mencapai matlamat global untuk masa depan yang lebih baik.

Tahun Diiktiraf : 20 JANUARY 2020

Agensi Yang Mengiktiraf : UNDP

2. ANUGERAH KEJIRANAN HIJAU 2020 UNTUK KATEGORI KEBUN KOMUNITI BAGI PERUMAHAN BERTINGKAT (KOMUNITI PANGSAPURI KENARI)

Centered Image

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menjalankan "Projek Kebun Komuniti Iskandar Puteri bersama Komuniti Pangsapuri Kenari A1, Kangkar Pulai" pada penghujung tahun 2019. Projek ini adalah bersempena dengan Program Bangsa Johor Bahagia yang merupakan hasil ilham dan inisiatif Keluarga Diraja Johor yang telah dilancarkan pada 17 Mac 2019 oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris Shah.Projek ini memfokuskan kepada kesedaran dalam Gaya Hidup Bebas Sisa di kalangan penduduk dalam menghadapi masalah pemanasan global yang sedang dijalankan oleh pihak MBIP sejak awal tahun 2018 lagi. Sehingga kini, Projek Kebun Komuniti Iskandar Puteri ini dijalankan dengan diketuai oleh Jabatan Perancangan Pembangunan dan dibantu oleh Jabatan Landskap, MBIP.
Melihat kepada komitmen dan usaha mampan komuniti di Pangsapuri Kenari A1, Kangkar Pulai telah berjaya merangkul tempat kedua bagi Anugerah Kejiranan Hijau 2020 anjuran KPKT.

Tahun Diiktiraf : 2020

Agensi Yang Mengiktiraf : PlanMalaysia

3. WINNER PLANNING FOR EQUITABLE AND INCLUSIVE CITIES AND HUMAN SETTLEMENTS: SKUDAI RIVER REJUVENATION PLAN>
4. WINNER PLANNING IN RESPONSE TO NATURAL OR TECHNOLOGICAL DISASTERS: COMMUNITY FARMING PROJECT AT KENARI LOW-COST FLAT

Centered Image                  Centered Image

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Jabatan Perancangan Pembangunan telah dianugerahkan oleh 'Commonwealth Association of Planning Awards for Outstanding Planning Achievement in The Commonwealth’. MBIP di dalam majlis penganugerahan berkenaan telah berjaya merangkul dua anugerah bagi projek berkaitan Inisiatif Masyarakat Rendah Karbon:

Kategori 1: "Winner Planning for Equitable and Inclusive Cities and Human Settlements: Skudai River Rejuvenation Plan“

Kategori 2: "Winner Planning in Response to Natural or Technological Disasters: Community Farming Project at Kenari Low Cost Flat"

Tahun Diiktiraf : 8 NOVEMBER 2021

Agensi Yang Mengiktiraf : Commonwealth Association of Planners

5. ANUGERAH KHAS BAGI RISM EXCELLENCE AWARDS 2022 BAGI KATEGORI OUTSTANDING CONTRIBUTION TOWARDS SUSTAINABILITY AWARD


Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima penghargaan khas daripada Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) atas usahanya mengangkat Inisiatif Kemampanan (Sustainability) di dalam kawasan pentadbirannya.

"RISM Excellence Award 2022" telah berbesar hati menganugerahkan "Outstanding Contribution Towards Sustainability Award" melalui projek Pelan Pemuliharaan Sungai Skudai kepada MBIP.

Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf individu, organisasi atau pembangunan khusus yang dianggap sebagai sumbangan cemerlang ke arah kelestarian alam sekitar, penggunaan sumber asli yang cekap dan mampu memenuhi keperluan sosial dan aspirasi generasi masa kini dan akan datang. Anugerah sedemikian tidak disampaikan setiap tahun.

Tahun Diiktiraf : 25 Jun 2022

Agensi Yang Mengiktiraf : Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)

6. ANUGERAH BANDAR BERDAYA HUNI TAHAP TERTINGGI 2021

Centered Image

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima pengiktirafan sebagai Bandaraya Mampan 2022 dan pengiktirafan sebagai salah satu daripada 10 bandar berdaya huni tahap tertinggi di Malaysia! Prestasi ini adalah bukti komitmen MBIP dalam mengekalkan pembangunan mampan, walaupun menghadapi cabaran semasa pandemik COVID-19.

Usaha MBIP dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program pembangunan adalah penting dalam menyokong 17 keutamaan bagi mencapai matlamat Pembangunan Mampan / Sustainable Development Goals (SDGs) di peringkat global. Tindakan ini mencerminkan keprihatinan MBIP terhadap keperluan masa kini tanpa mengabaikan impak kepada generasi akan datang.

Kerjasama antara MBIP, agensi kerajaan, dan komuniti tempatan adalah penting dalam menjamin kejayaan program-program pembangunan. Dengan terus menggalakkan kerjasama ini, MBIP akan terus bergerak ke hadapan dalam mencapai kelestarian dan kesejahteraan bagi penduduknya. Semoga pencapaian MBIP dapat memberi inspirasi kepada bandar-bandar lain di Malaysia dan di seluruh dunia untuk mengejar keunggulan dalam pembangunan mampan.

Tahun Diiktiraf : 18 Ogos 2022

Agensi Yang Mengiktiraf : KPKT

7. THE MALAYSIA GPM SUSTAINABILITY AWARD 2022 UNDER CATEGORY: SUSTAINABILITY LEADERSHIP BY SUSTAINABLE BUSINESS NETWORK ASSOCIATION MALAYSIA (SUSTNET): ISKANDAR PUTERI RENDAH KARBON (IPRK)

Centered Image

Inisiatif Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) oleh MBIP menerima penganugerahan Malaysia GPM Sustainability Award 2022 di bawah kategori Kepimpinan Kelestarian oleh Sustainable Business Network Association Malaysia (SustNET). Pengiktirafan ini adalah penghargaan kepada usaha IPRK dalam memimpin inisiatif kelestarian dan menggalakkan amalan mampan di Malaysia.

IPRK telah memainkan peranan penting dalam mengurangkan jejak karbon dan menyumbang kepada pembangunan mampan di Malaysia. Usaha-usaha seperti ini penting untuk menangani cabaran perubahan iklim dan memastikan kesinambungan alam sekitar untuk generasi akan datang. Dengan pengiktirafan ini, IPRK diiktiraf sebagai pemimpin dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat yang lebih mampan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang bertanggungjawab secara alam sekitar.

Semoga pencapaian IPRK akan memberi inspirasi kepada entiti bisnes lain untuk mengambil langkah-langkah ke arah kelestarian dan memberi impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar.

Tahun Diiktiraf : 11 Januari 2023

Agensi Yang Mengiktiraf : Sustainable Business Network Association Malaysia (SustNET)

8. MIP PLANNING EXCELLENCE AWARDS 2022 BRONZE AWARD LOW CARBON PLANNING (CITY CATEGORY)

Centered Image

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui kerjasama strategik membabitkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan SWM Environment Sdn Bhd di bawah inisiatif Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) telah menerima penghargaan di peringkat kebangsaan.

MIP Planning Excellence Award 2022 yang dianjurkan pada 16 Januari 2023 di Majestic Hotel Kuala Lumpur telah menganugerahkan MBIP dengan Bronze Winner under the Low Carbon Planning Award (City Category). Melalui projek Iskandar Puteri Rendah Karbon -Build Agile Community and Sustainable Cities from Within.

IPRK dirangka bagi menterjemah Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Puteri 2025 yang dilancarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada tahun 2015 dalam usaha memangkin sikap dan peranan masyarakat terhadap usaha pengurangan karbon global bagi mendepani krisis perubahan iklim dan pemanasan suhu global. Tahniah dan syabas diucapkan kepada rakan strategik, komuniti dan semua yang terlibat.

Tahun Diiktiraf : 16 Januari 2023

Agensi Yang Mengiktiraf : Malaysian Institute Of Planners

9. RCE 2023 AWARD FOR OUTSTANDING FLAGSHIP PROJECT THROUGH THE ISKANDAR PUTERI LOW CARBON INITIATIVE (IPRK) BY UNITED NATIONS UNIVERSITY

Centered Image

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima Anugerah RCE 2023 bagi kategori Outstanding Flagship Project melalui Inisiatif Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK). Inisiatif ini turut mendapat kerjasama daripada rakan-rakan strategik seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan SWM Environment yang begitu komited untuk meningkatkan dan mengiktiraf usaha rendah karbon dalam kalangan komuniti Iskandar Puteri.

Anugerah ini adalah pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang menonjolkan projek dan program yang menghubungkan perspektif tempatan dan global dalam pembangunan mampan, melibatkan pembelajaran dan penyelidikan transformasi, serta inisiatif yang menyumbang kepada penglibatan komuniti, penyelidikan & pembangunan, dan pembangunan kapasiti para pihak berkepentingan dan rakan kongsi.

Tahun Diiktiraf : November 2023

Agensi Yang Mengiktiraf : United Nations University

10. SPECIAL APPRECIATION AWARD AT THE WASTE MANAGEMENT ACHIEVEMENT AWARD CEREMONY 2023

Centered Image

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima Anugerah Penghargaan Khas pada Majlis Anugerah Penghargaan Pencapaian Pengurusan Sisa oleh Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM) di Impiana Hotel Ipoh, Perak. Penghargaan yang telah diterima MBIP adalah atas penglibatan aktif di dalam bidang alam sekitar, pendidikan dan kesedaran awam iaitu menerusi bidang pengurusan sisa mampan di bawah penawaran Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon (GKIPRK) dan Pertandingan Kalendar Iskandar Puteri Rendah Karbon serta aktiviti kitar semula pandu lalu, Pandu Lalu Iskandar Puteri Rendah Karbon.

Usaha bagi membangunkan masyarakat rendah karbon di bawah Kerangka Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) adalah bersama-sama dengan rakan strategik seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), SWM Environment Sdn Bhd serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Selain itu, tiga lagi PBT Johor turut menerima penghargaan iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Muar (MPM) & Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)

Tahun Diiktiraf : 3 Ogos 2023

Agensi Yang Mengiktiraf : Malaysian Waste Management Association (WMAM)

11. FIRST PLACE IN THE 'NATIONAL SCROLL OF HONOR AWARD FOR HUMAN SETTLEMENT 2023' IN CONJUNCTION WITH THE NATIONAL WORLD HABITAT DAY CELEBRATION 2023

Centered Image

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah dianugerahkan Tempat Pertama dalam 'National Scroll of Honour Award for Human Settlement 2023' bersempena Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang telah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.

'National Scroll of Honour Award for Human Settlement 2023' merupakan satu bentuk penganugerahan peringkat kebangsaan kepada individu atau organisasi yang telah menyumbang kepada pembangunan petempatan manusia seperti menambah baik kualiti kehidupan di bandar dan membantu komuniti menjana pendapatan.

MBIP telah meneruskan usaha memperkasa peranan warga bandaraya bagi mengurangkan pelepasan karbon dan mendepani perubahan iklim menerusi penganugerahan kepada Projek Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK).

IPRK merupakan kerangka bagi menterjemah Pelan Tindakan Iklim Iskandar Puteri 2030 dengan sokongan rakan-rakan strategik seperti Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment).

Tahun Diiktiraf : 6 November 2023

Agensi Yang Mengiktiraf : KPKT

11. EMERALD AWARD IN MIP MYPLACE AWARD 2023 FOR ISKADNAR PUTERI RENDAH KARBON (IPRK)

Centered Image

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima anugerah Emerald Winner menerusi Majlis Penyampaian Hadiah MIP MyPlace Award 2023 anjuran Malaysia Institute of Planners (MIP) bertempat di Hotel Le Mèridien, Petaling Jaya.

MIP MyPlace Award merupakan satu pengiktirafan kecemerlangan dalam usaha menambahbaik ruang awam dan kawasan yang dapat membawa impak positif kepada komuniti oleh organisasi atau komuniti setempat.

MBIP bersama Ketua Projek Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon, PM Dr Norahim bin Ibrahim berjaya memenangi anugerah bagi Kategori 7 : Urban Farming dengan projek "Best Organic Waste Recycling Habits at Jentayu".

Projek ini telah membuka mata lebih 600 pelajar berkenaan kepentingan pengurusan sisa pepejal yang baik dan kaitannya dengan pencemaran melalui beberapa siri bengkel pengurusan sisa organik dan aktiviti kesedaran rendah karbon, serta telah melahirkan lebih daripada 200 pelajar pendidik.

Tahun Diiktiraf : 1 Disember 2023

Agensi Yang Mengiktiraf : Malaysian Institute Of Planners

12. GCOM BADGE AWARD 2023: ISKANDAR PUTERI HONORED WITH THE MITIGATION-ADAPTATION BADGE FOR ITS CLIMATE CHANGE MEASURES

Centered Image

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima penganugerahan GCoM Badge Award 2023 untuk Tindakan Mitigation-Adaptation bagi usaha-usaha dalam mengurangkan impak perubahan iklim. Pengiktirafan ini adalah penghargaan kepada komitmen MBIP dalam mengambil langkah-langkah praktikal untuk menghadapi cabaran perubahan iklim.

Dengan penyertaan aktif dalam pelaporan kepada Global Covenant of Mayors for Climate and Energy (GCoM), MBIP telah membuktikan kepimpinan dan kesediaannya untuk berperanan dalam usaha global untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menyediakan masyarakatnya untuk menghadapi impak perubahan iklim yang semakin terasa.

Penganugerahan ini juga mencerminkan kecekapan dan kesungguhan Iskandar Puteri dalam melaksanakan langkah-langkah adaptasi dan mitigasi yang penting untuk menjaga kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan penduduknya.

Tahun Diiktiraf : 29 April 2024

Agensi Yang Mengiktiraf : United Cities and Local Governments Asia-Pacific (UCLG ASPAC) & Global Covenant of Mayors for Climate and Energy (GCoM) Southeast Asia Secretariat