MBIP merupakan salah satu pilot cities yang terpilih dalam melakukan kajian Pelan Tindakan Iklim daripada GCoM Southern Asia. Penyediaan Pelan Tindakan Iklim Iskandar Puteri 2030 ialah perancangan strategik yang merangkumi tindakan mitigasi dan adaptasi di peringkat PBT . Ia akan menggantikan Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon untuk Iskandar Malaysia 2025 (LCSBP-IM2025) yang akan tamat pada tahun 2025. Pelan tindakan ini juga selari dengan matlamat pembangunan mampan (SDGs) bagi membendung krisis pemanasan global bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
Malahan, dalam aspirasi The Greater Johor Bahru menetapkan MBIP sebagai domain leader. Kajian ini juga bertujuan untuk merancang persekitaran yang lebih baik dengan mengambil kira perancangan mitigasi dan adaptasi bagi manfaat penduduk setempat secara lebih menyeluruh.
Sumber: ISKANDAR PUTERI CLIMATE ACTION PLAN 2030