Penerbitan buku "Modul Kebun Bandar | Teknik Kultur Hugel & Perkomposan Mampan" adalah hasil kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Buku ini bertujuan untuk membimbing komuniti dalam membangunkan kebun komuniti yang organik dan mampan. Pendekatan ini diambil bagi mengurangkan kebergantungan kepada amalan konvensional yang menggunakan baja kimia dan racun perosak yang merisikokan alam sekitar.
Sumber: MODUL KEBUN BANDAR | TEKNIK KULTUR HUGEL & PERKOMPOSAN MAMPAN